UMW Toyota dedah teaser model baharu, perincian lanjut 27 September ini

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sektor automotif dibuka sepenuhnya, UMW Toyota mempunyai perancangan besar yang bakal diumumkan pada 27 September ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tanpa mendedahkan mana-mana model, pengimport, pengedar dan pemasang kereta Toyota di Malaysia itu tampil dengan lima keping gambar teaser yang merujuk kepada arah tuju syarikat itu selari dengan komitmen global untuk mengurangkan emisi karbon dioksida menjelang tahun 2050.

Menurut Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMWT menjelaskan, "pengumuman ini bakal memberikan impak yang besar bukan sekadar kepada jenama Toyota, akan tetapi terhadap industri secara keseluruhan, serta gaya hidup dan pilihan yang sudah serasi dengan kita.
 

UMWT


Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata komitmen Toyota tidak terhad kepada industri automotif semata-mata, ianya merupakan usaha yang akan melibatkan semua pihak berkepentingan melangkaui aspek pengilangan dan pemasangan kenderaan.

Terdahulu, UMW Toyota telah melabur sejumlah RM270 juta kepada kilang pemasangan Bukit Raja bagi mempersiapkan diri untuk pemasangan generasi baharu kenderaan kenderaan hibrid elektrik.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…