UMW Toyota catat peningkatan angka jualan, 7,579 unit bulan Mei

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) merekodkan jualan 7,442 unit kereta Toyota dan 137 unit kereta Lexus bulan lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang dijual tahun ini sebanyak 36,972 unit atau sembilan peratus lebih tinggi berbanding 34,026 unit tahun lalu.


Jumlah jualan 7,579 unit yang dicatatkan pada Mei itu adalah lebih tinggi berbanding 6,946 unit direkodkan pada April.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

UMW Toyota dalam kenyataannya berkata, prestasi memberangsangkan dicatatkan setakat tahun ini meskipun unjuran jualan kenderaan di Malaysia akan lebih rendah sepanjang 2022.

 

Ia berkata, berdasarkan kekurangan semikonduktor global, pengeluar kenderaan berdepan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan.

 

Katanya, selain itu pengenaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) selepas akhir bulan ini akan turut menjejaskan jualan.

 

"Bagaimanapun, ada yang mungkin mahu mengambil peluang daripada harga sebelum pelaksanaan semula SST dan ini akan membantu meningkatkan jualan," katanya.

 

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, berkata syarikat benar-benar menghargai sokongan yang diterima daripada pelanggan, dalam pada ia memasuki separuh kedua tahun ini.

 

"Adalah sentiasa menjadi polisi kami untuk mengutamakan pelanggan dan sentiasa bersedia menawarkan bantuan kepada peminat Toyota dalam pada kita keluar dari tempoh tidak menentu ini.

 

"Kami tidak sabar menawarkan keyakinan berterusan terhadap produk dan keupayaan servis, disokong oleh teknologi termaju automotif dan ciri-ciri keselamatan semua produk kami.

 

"Akan ada tinjauan lebih positif menuju ke hadapan," katanya.

 

Meneruskan promosi bulanan, UMW Toyota menawarkan manfaat bernilai RM4,000 kepada peminat Yaris dan Vios.

 

Jun juga menyaksikan peminat Toyota akan mendapat penjimatan pertengahan tahun selain rebat tunai dan penjimatan cukai jualan.

 

Syarikat turut menjangkakan jualan akan meningkat dengan pelancaran produk akan datang.

Berita Berkenaan

Informasi
  Selain dari pakej-pakej pembiayaan seperti Toyota EZ Beli, Toyota Flexi Plan, Toyota Drive,…
Informasi
  Berikut adalah permainan e-sukan mempunyai hadiah paling tinggi pada tahun 2018 :  1. Dota 2…