UMW Toyota catat jualan positif untuk bulan April 2021

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd hari ini melaporkan angka jualan positif bagi bulan April 2021, dengan jumlah jualan keseluruhan bagi kenderaan Toyota dan Lexus sebanyak 9,280 unit.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada pelanggan yang mahu memanfaatkan tempoh pengecualian cukai SST sehingga 30 Jun nanti, pertumbuhan ini juga didorong oleh pengenalan model-model baharu Toyota yang dilancarkan pada tahun ini seperti Corolla Cross, dan juga Harrier generasi baharu.

Menurut Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama berkata, "penularan wabak COVID-19 memberikan kesan besar dan menjadikan keadaan sangat mencabar bagi pengeluar kenderaan dan kenderaan. Namun dengan langkah yang diambil oleh kerajaan, ia telah berhasil untuk mengembalikan kuasa membeli pelanggan.

Beliau turut mengaitkan pertumbuhan jualan ini dengan masa yang tepat bagi pengenalan model-model baharu yang dijangka memperkukuhkan lagi kedudukan Toyota di dalam beberapa segmen kenderaan, terutama dari aspek kelengkapan, teknologi keselamatan, penggayaan dan dinamik pemanduan.

 


Presiden UMWT, Ravindran K pula menekankan komitmen berterusan syarikat untuk memperluas serta meningkatkan lagi rangkaian jualan dan lepas jualan menerusi pengenalan lebih banyak tawaran inovatif dan menarik kepada pelanggan.

Sejajar dengan itu, UMWT turut mengumumkan pembukaan pusat jualan 2S (Jualan dan Servis) di Cheras (PDC Automobile), serta dua lagi pusat jualan 3S (Jualan, Servis, dan Alat Ganti) oleh Mutiara Motorsport, Johor Bahru dan HLT Temerloh di Kemaman, Terengganu.

Bersempena dengan musim perayaan, UMWT menawarkan promosi Ganjaran Tak Terhingga yang membolehkan pelanggan terus menikmati penjimatan SST bagi kedua-dua model pemasangan tempatan (CKD) atau import sepenuhnya (CBU) sehingga 30 Jun ini.

Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan tambahan dengan Toyota Service Savers dengan penawaran kos selenggara yang rendah, serta bayaran ansuran bulanan yang rendah melalui skim pembiayaan EZ Beli.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…