UMW Toyota catat jualan 8,033 unit sepanjang tempoh September 2021

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang tempoh bulan September 2021, UMW Toyota Motor (UMWT) berjaya mencatatkan angka jualan keseluruhan sebanyak 8,033 unit, peningkatan sebanyak 5,509 unit berbanding bulan Ogos 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jumlah tersebut merangkumi 7,931 unit kenderaan berjenama Toyota dan selebihnya disumbangkan oleh kenderaan jenama Lexus.

Pencapaian pada bulan September 2021 juga merupakan peningkatan sebanyak 43 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu, di mana UMWT mencatatkan jualan 5,605 unit sahaja.

Secara keseluruhan, jumlah jualan semasa tahunan (year-to-year) bagi kenderaan Toyota dan Lexus mencecah 43,594 unit pada penghujung September, jauh lebih tinggi berbanding tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu (25,978 unit).
 

Corolla


Dalam usaha untuk mengalu-alukan semula kedatangan pengunjung ke bilik pameran, UMWT menganjurkan promosi 'Kunjung & Menang' yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM30,000.

Kempen ini tidak memerlukan sebarang pembelian kenderaan, akan tetapi pelanggan boleh mengambil bahagian dengan berkunjung ke bilik pameran rasmi, mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial (Facebook dan Instagram) beserta kapsyen yang menarik.

Antara hadiah yang boleh dibawa pulang termasuklah:

  • 1x Hadiah Utama - iPhone 12 (64 GB)
  • 2x Hadiah Tempat Kedua -  TV Samsung 4K LED 55 inci
  • 2x Hadiah Tempat Ketiga - pengering rambut Dyson Supersonic
  • Hadiah Saguhati - kerusi gaming TT Racing Maxx, fon kepala nirwayar Bose Quiet Comfort 35, papan kekunci Kingston Hyper X, alat sanitasi udara mudah alih untuk kereta Philips, kad TnG kustom RM100

Sementara stok masih ada, setiap pengunjung juga akan menerima hadiah Safety Kit.

Bagi mereka yang merancang untuk membeli kenderaan baharu Toyota, UMWT menawarkan pelan ansuran bulanan rendah EZ Beli, serta program Jom Drive yang khusus untuk kakitangan kerajaan, di mana permohonan akan diproses dalam masa yang singkat.
 

HWV


Dalam pada itu, UMWT juga sedang sibuk mempersiapkan pengenalan model baharu yang bakal dilengkapi dengan teknologi hibrid elektrik yang menjanjikan penawaran kuasa yang cekap, sisa pembakaran yang lebih rendah dan lebih senyap.

Menurut timbalan pengerusi UMWT, Akio Takeyama menjelaskan, "kenderaan hibrid elektrik Toyota (HEV) kini berada di tahap yang paling maju, dan merupakan penyelesaian segera dan paling ekonomik bagi pengeluaran pasaran massa dan jualan, terutama bagi mencapai pengurangan emisi CO2, serta penggunaan yang lebih praktikal, dan harga yang lebih mampu milik.

"Kami positif HEV adalah pilihan yang paling realistik untuk para pelanggan di Malaysia dari sudut praktikaliti dan prasarana, serta mempunyai potensi besar di sini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Berita Domestik
Setakat November, UMWT telah berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 97,705 unit, peningkatan 7.…
Model Terbaharu
Bersempena dengan pelancaran strategi berbilang laluan baru-baru ini, UMWT turut mempamerkan sebuah…