UMW Toyota catat jualan 7,528 unit Januari 2022, Vios & Hilux masih lagi model paling laku

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor mengumumkan prestasi jualan yang berjaya dicapai untuk bulan pertama tahun 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sepanjang tempoh Januari 2022, Toyota dan Lexus berjaya menjual sebanyak 7,528 unit kenderaan, atau peningkatan sebanyak 96 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu (3,845 unit).

Daripada jumlah tersebut, sedan segmen B Toyota Vios masih lagi kekal sebagai model paling laris dengan penguasaan sebanyak 28 peratus, sementara Hilux merupakan trak pikap paling laris dengan jumlah 38 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan.
 

Yaris


Pada ketika ini, UMW Toyota Motor menawarkan kempen 'Stay Ahead' dengan penjimatan sehingga RM4,500, di mana Vios boleh dibawa pulang pada bayaran bulanan serendah RM540, atau Yaris dengan bulanan bermula serendah RM493.

Selain daripada itu, UMW Toyota Motor turut aktif turun padang bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa bencana banjir yang melanda tempoh hari menerusi kerjasama dengan Yayasan Raja Muda Selangor.

Menerusi program 'Back on Your Feet', UMW Toyota Motor telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Lui bagi membantu membaiki kerosakan yang dialami akibat banjir.

UMW Toyota Motor juga turut mendermakan barangan keperluan kepada komuniti yang terjejas di Sungai Lui.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…
Berita Domestik
Setakat November, UMWT telah berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 97,705 unit, peningkatan 7.…