UMW Toyota buka tempahan Vios facelift - harga anggaran bermula dari RM76k

oleh Mohamad Hanif|
Mengikuti jejak langkah Yaris, UMW Toyota kini membuka tempahan bagi model sedan Vios dengan spesifikasi dan rupa yang dipertingkatkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sedan segmen B Toyota itu kini menampilkan wajah hadapan yang lebih malar segar, disumbangkan oleh rekaan gril, kit aero yang dilengkapi dengan lip hadapan, serta lampu utama LED dengan rekaan triple bezel.

Terdapat juga fungsi follow-me-home yang ditawarkan untuk kesemua varian J, E dan G sebagai satu nilai tambah yang cukup menarik.

 


Sementara ruang dalaman pula menampilkan ciri yang moden seperti sistem pendingin hawa automatik, panel meter optitron dengan paparan berbilang info (MID), mod pemanduan Eco dan Sport, slot pengecasan nirwayar serta sistem infotainmen yang mempunyai ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Sistem telematik turut ditawarkan sebagai ciri standard untuk varian G dan E, selari dengan hala tuju Toyota dalam mempertingkatkan ketersambungan 360-T Plus.

 


Dari segi keselamatan, Toyota Vios didatangkan dengan ciri kelengkapan Toyota Safety Sense (TSS) yang terdiri daripada amaran pra-pelanggaran (PCS), serta amaran penukaran lorong (LDA) bagi melengkapi ciri keselamatan sedia ada seperti:

  • kawalan kestabilan kenderaan
  • kawalan cengkaman
  • bantuan mula mendaki
  • amaran titik buta
  • amaran lintasan trafik belakang
  • ABS, EBD, BA, tujuh beg udara SRS
  • sistem pemantauan keliling panoramik 360 darjah

Selain daripada warna sedia ada (Dark Blue Metallic, Red Mica Metallic dan Silver Metallic), terdapat dua warna baharu ditawarkan iaitu Orange Metallic dan Platinum White Pearl.

 


Harga jualan anggaran Toyota Vios bermula dari RM75,701 manakala varian paling premium pula bermula dari RM89,232, kesemua harga yang disebutkan tidak termasuk insurans.

UMW juga turut membuka tempahan bagi sedan Vios terbaru ini menerusi dalam talian dan di semua bilik pameran sah Toyota di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…