UMW Toyota buka tempahan Vios 2023 - Dua varian, harga bermula dari RM90K-RM96K

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Beberapa hari lepas kita telah didedahkan dengan video acah dari UMW Toyota yang menunjukkan ketibaan satu lagi model baharu ke pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kehadiran model baharu itu telah disahkan sebagai Toyota Vios 2023 yang merupakan generasi keempat sedan segmen C itu, apabila selebriti lelaki tempatan, Sean Lee mendedahkan beberapa gambar acah dalam hantaran Instagram nya.

 

2

 

Menurut UMW Toyota, Vios baharu itu telah dibuka untuk tempahan di semua cawangan bilik pameran rasmi Toyota seluruh Malaysia.


Bukan sahaja didatangkan dengan platform D92A baharu, Toyota Vios generasi keempat kini mempunyai rekaan serba baharu dengan gaya badan fastback berbanding generasi terdahulunya.

 

3

 

Vios baharu kini ditawarkan dengan gabungan teknologi terkini bersama naik taraf spesifikasi untuk memberikan pembelinya nilai pembelian yang berbaloi, bagi mengekalkan tradisi Toyota untuk menghasilkan kereta yang lebih baik.

Menurut Toyota juga, Vios baharu itu akan dikuasakan enjin 1.5 liter DOHC Dual VVT-i yang dinaik taraf, jadi ianya bakal menggunakan enjin 2NR-VE menghasilkan 105 HP dan 138 Nm, berbanding enjin 2NR-FE pada generasi terdahulu.

 

4

 

Ia turut dipadankan bersama transmisi automatik CVT 7 kelajuan bersama Sequential Shiftmatic untuk memberikan pecutan yang lebih pantas di samping menjimatkan penggunaan bahan api.

Toyota Vios 2023 akan ditawarkan dengan dua varian untuk pasaran tempatan iaitu varian 1.5 E (AT) dan varian 1.5 G (AT), bersama 5 pilihan warna termasuk satu warna baharu iaitu Spicy Scarlet.

 

5


Toyota Vios 2023 akan ditawarkan dengan dua varian untuk pasaran tempatan dimana harganya dijangka bermula dari RM90,000 untuk varian 1.5 E (AT) dan RM96,000 untuk varian 1.5 G (AT), harga atas jalan tidak termasuk insuran.

Vios generasi keempat itu juga didatangkan dengan ciri baharu seperti skrin infotainment 9 inci bersama fungsi Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, serta tambahan corong pendingin hawa di bahagian belakang.

 

6

 

Selain itu, ia turut akan dilengkapi dengan roda aloi bersaiz 17 inci, bersama tambahan fungsi 3 mod pemanduan iaitu Power, Eco dan Normal.


Selaras dengan janji Toyota untuk mendatangkan teknologi terkini, Vios generasi baharu itu juga akan dilengkapi dengan brek parkir elektronik (EPB) dan fungsi Paddle Shifters.

 

7

 

Dari segi keselamatan, ia akan dilengkapi pakej Toyota Safety Sense (TSS) untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi pemandu dan penumpang.

TSS itu merangkumi sistem Lane Departure Prevention, Lane Departure Warning, Front Departure Alert, Pre-Collision System, Lane Keeping Control, Adaptive Cruise Control dan Auto High Beam.

 

8

 

UMW Toyota juga bakal menawarkan jaminan 5 tahun waranti dengan jarak gerak tanpa had, bersama tambahan bantuan tepi jalan 24SEVEN Road Assist dan 3 tahun langganan percuma untuk Toyota Vehicle Telematics System.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi dari UMW Toyota bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai Vios generasi baharu itu.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…