UMW Toyota berjaya jual 2,524 unit kenderaan Ogos 2021

oleh Mohamad Hanif|
Kesan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh pada bulan Jun, Julai dan Ogos memberikan impak yang besar terhadap perniagaan kenderaan di Malaysia, terutama dari segi tempahan dan jualan kenderaan baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K menjelaskan, "ia sudah pasti menjadi satu tempoh yang mencabar buat kami, namun kami di UMW Toyota faham langkah yang diambil oleh kerajaan amat diperlukan bagi membendung pandemik COVID-19.

"Di pihak kami, kami telah memastikan seluruh tenaga kerja telah pun diberikan suntikan vaksinasi supaya operasi perniagaan kembali berjalan dengan lancar," tambah beliau.

Semenjak larangan pergerakan dilonggarkan, jumlah jualan kenderaan baharu Toyota dan Lexus dicatatkan sebanyak 2,524 unit sepanjang bulan Ogos, atau 56 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

Namun, jumlah jualan bagi tempoh lapan bulan pertama tahun 2021 adalah sebanyak 38,085 unit, jauh lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu (31,734 unit).

Pencapaian ini adalah disebabkan momentum jualan yang kuat bermula tahun lalu disumbangkan oleh pengecualian cukai SST.
 

YARIS


Untuk merancakkan lagi penjualan kenderaan, UMW Toyota menawarkan promosi bulanan serendah RM493 untuk Toyota Yaris menerusi pelan EZ Beli, rebat sehingga RM10,000 untuk pembeli Toyota RAV4, serta penjimatan sehingga RM17,391 untuk MPV Toyota Alphard dengan pengecualian SST sehingga hujung tahun ini.

UMW Toyota juga turut memastikan setiap pusat pameran dan pusat servis mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, operasi pemasangan dua kilang Toyota di Selangor telah dimulakan semula bagi memenuhi tempahan yang tertunggak, namun UMW Toyota menjangkakan kesemua tempahan mampu dipenuhi dalam tempoh masa telah ditetapkan.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…