UMW Toyota bakal pasang kereta hibrid-elektrik, labur RM270 juta untuk kilang Bukit Raja

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota bakal melabur sejumlah RM270 juta untuk memperluaskan operasi dan kemudahan pengeluar sedia ada, disamping mempersiapkan diri untuk pengenalan generasi kenderaan generasi baharu kenderaan hibrid elektrik (HEV).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor menjelaskan, "HEV Toyota sedang berada di tahap yang paling maju pada ketika ini, dan ia merupakan salah satu penyelesaian yang paling realistik, segera, ekonomikal dan praktikal bagi pengeluaran dan jualan massa dari segi pengurangan pembebasan CO2, kemudahan penggunaan dan penerimaan harga oleh pelanggan.

Tambah beliau lagi, HEV merupakan penghubung kepada era kenderaan elektrik sepenuhnya.

Disebabkan teknologi bateri-elekterik masih memerlukan masa untuk pembangunan teknologi, teknologi hibrid elektrik merupakan pilihan yang paling sesuai untuk pelaksanaan segera.

Bagi pembeli di Malaysia, pengeluaran tempatan bagi model HEV Toyota akan diterjemahkan ke dalam peralihan era baru permotoran yang menyediakan capaian kepada teknologi terkini dan paling inovatif, pada tahap harga praktikal dan berpatutan kepada khalayak yang lebih meluas.

Pelaburan berjumlah RM270 juta tersebut merupakan tambahan kepada pelaburan terdahulu bernilai RM2 bilion yang digunakan untuk pembinaan kilang Bukit Raja.

 


Fasiliti Bukit Raja kini menjadi sebuah kilang Toyota yang paling moden, termaju serta cekap di Asia serta dengan kemudahan yang membolehkan Toyota menjadi peneraju selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga (EEV).

Fasiliti itu juga turut menampilkan inisiatif bangunan hijau seperti pemasangan panel solar 2MW, pengumpulan air hujan sehingga 156 meter padu, serta pemasangan pengoksida suhu regeneratif (Regeneratif Thermal Oxidiser) yang membolehkan pembebasan terendah bagi sebatuan organik meruap (Volatile Organic Compound).

Menurut Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor berkata, "matlamat akhir bukanlah hanya disandarkan kepada kenderaan dengan elektrifikasi, akan tetapi untuk mencapai neutraliti karbon dan sifar pembebasannya dari segenap aspek - dari penghasilan kenderaan yang lebih bersih  sehinggalah membantu mencipta kesedaran yang lebih meluas terhadap perlindungan alam sekitar.

UMW Toyota turut berterima kasih kepada kerajaan dalam peranan utama yang dimainkan untuk memberi sokongan terhadap pertumbuhan industri automotif yang bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagia pendahulu di dalam kemajuan automotif bagi memastikan kemapanan pembangunan industri tempatan.

"Pengenalan teknologi hibrid elektrik akan segera mengubah landskap automotif di Malaysia. Kami berharap dengan usaha untuk mempopularkan teknologi masa depan ini melalui pengenalan massa HEV akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada kerajaan dalam usaha untuk mencapai skala penuh penggunaan kenderaan dengan teknologi elektrifikasi.

"Kami berharap kerajaan akan turut mempertimbangkan usaha UMW Toyota Motor untuk disertakan ke dalam Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon Nasional beserta kenderaan bateri-elektriknya yang selari dengan perancangan kerajaan," tambah beliau.