UMW Toyota akhirnya dedah teaser SUV hibrid Corolla Cross CKD

oleh Mohamad Hanif|
Perancangan UMW Toyota untuk memperkenalkan barisan model kenderaan hibrid elektrik (HEV) kini dimulakan dengan pelancaran teknologi Hibrid Elektrik di Malaysia secara rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi gambar teaser yang dibekalkan, jelas kelihatan bentuk badan SUV yang merujuk kepada model Corolla Cross Hybrid yang diberitakan bakal dipasang di Malaysia tidak lama lagi.

Antara ciri yang boleh diperhatikan termasuklah rekaan gril hadapan yang besar, serta garisan yang merujuk kepada unit lampu utama Corolla Cross.

Toyota juga turut meletakkan kiraan masa menurun di laman web mereka, menunjukkan model baharu ini bakal dilancarkan dalam tempoh 16 hari lagi, iaitu pada tanggal 14 Oktober ini.

 

HEV


Sebelum ini, UMW Toyota melaporkan kesemua unit Corolla Cross CBU telah pun habis dijual dan unit pemasangan tempatan (CKD) dijangka bakal menyusul menjelang suku keempat tahun ini.

Di pasaran Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia, Toyota Corolla Cross Hybrid didatangkan dengan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin 2ZR-FXE 1.8 liter kitaran Atkinson (98 PS/142 Nm) yang dipadankan dengan motor elektrik (72 PS/163 Nm).

Secara keseluruhan, Corolla Cross Hybrid mampu menghasilkan kuasa setinggi 122 PS dengan kadar penggunaan bahan api serendah 4.3 liter untuk setiap 100 km.
 

HEV


Menurut Akio Takeyama selaku Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor menjelaskan, "untuk masa terdekat, kami sangat positif teknologi HEV mampu menjadi pilihan realistik dan lebih mudah digunakan oleh pelanggan di Malaysia dari segi praktikaliti dan prasarana.

Beliau menambah, pada ketika ini sistem hibrid elektrik Toyota tidak memerlukan stesen pengecasan, dan ia sekaligus mampu menghapuskan sebarang keresahan terhadap had jarak pemanduan sesebuah HEV.

Apa yang pasti, sistem hibrid Toyota menawarkan:

  • Dwi-kuasa - gandingan enjin petrol dengan motor elektrik yang mampu menjamin kecekapan yang jauh lebih baik berbanding kenderaan enjin petrol sahaja
  • Senyap - definisi baharu terhadap tahap keselesaan dan prestasi, selain tidak mengorbankan aspek keseronokan pemanduan
  • Tahan lasak - Toyota telah pun memperkenalkan sistem hibrid sejak tahun 1997, dan sejak dari itu ia telah berevolusi menjadi semakin baik, selari dengan imej yang 'dipakai' oleh Toyota yang sebelum ini sebagai jenama tahan lasak.
  • Kurang emisi gas - Bukan sahaja kenderaan yang menghasilkan kurang emisi gas, akan tetapi Toyota juga menerapkan proses dan teknologi baru untuk mengurangkan jumlah sumber dan tenaga yang diperlukan dalam pengeluaran kenderaan baharu.
  • Teknologi Juara - sama seperti teknologi F1 yang kini boleh dinikmati oleh kebanyakan kereta penumpang, sistem hibrid Toyota telah berjaya dibuktikan keberkesanannya menerusi perlumbaan berprestij dunia Le Mans 24 Hours. Malah, Toyota berjaya memenangi perlumbaan Le Mans untuk empat tahun berturut-turut!

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…