UMW semakin hampir untuk memiliki Perodua

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

UMW Holdings Sdn Bhd nampaknya semakin hampir untuk menjadi pemegang saham terbesar Perodua selepas sebahagian besar pemilik-pemilik saham Med-Bumikar Mara Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memiliki 22.58 peratus saham Perodua, bersetuju untuk menjual 50.07 peratus saham mereka di dalam syarikat MBM Resources Bhd kepada UMW.

Akhbar The Star mendakwa sumber informasi mereka berkata pemegang saham minoriti Med-Bumikar (48 peratus) telah bertindak meninggal EGM (Mesyuarat Agung Luarbiasa) yang berlangsung semalam. 

Ahli-ahli yang tidak bersetuju itu ialah dari keluarga-keluarga pengasas syarikat itu yang memegang antara 11 peratus dan 13 peratus saham Med-Bumikar.

Di bawah ialah senarai eksekutif utama untuk Med-Bumikar Mara Sdn Bhd.

 

 

Med-Bumikar mempunyai tujuh pemegang saham dan yang saham terbesar dimiliki oleh Amanah Rakyat (MARA) dengan 29 peratus pegangan. Baki saham tersebut dimiliki oleh enam keluarga pengasas-pengasas syarikat itu.

Dua dari mereka, keluarga Looi dan Wong memberikan sokongan kepada Mara.

Jika UMW berjaya membeli saham PNB Equity Resources (yang memiliki 10 peratus saham Perodua) dan saham Med-Bumikar Mara sebanyak 22.58 peratus, UMW akan memiliki lebih dari 70 peratus saham Perodua.

Namun begitu sebelum UMW mampu mendabik dada dan merampas Perodua, syarat perjanjian pengarah ialah UMW perlu mendapat restu dari rakan kongsi teknikal seperti Daihatsu Motor Co Ltd Jepun.

Desas-desus industri berkata Daihatsu seperti tidak bersetuju untuk memberikan lebih kuasa kepada pemegang saham.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program tanggungjawab sosial korporat ini adalah kesinambungan daripada Inisiatif Pucuk Hijau UMW (…
Informasi
  Pusat perkhidmatan tersebut terletak di kawasan seluas 1.2 ekar, dengan barisan kedai seluas 25,…
Informasi
  Produk pertama dalam segmen hijau itu dilancarkan bersempena majlis Persidangan dan Pameran…