UMW buka pusat perkhidmatan pelanggan bersepadu di Shah Alam

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Bahagian Jentera Kumpulan UMW telah membuka sebuah pusat perkhidmatan pelanggan bersepadu baharu di Kota Kemuning, Shah Alam untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya.


Pusat Pelanggan Bahagian Peralatan (EDCC) itu menempatkan pusat perkhidmatan untuk jentera berat, jentera industri dan perniagaan industri kuasa dengan jumlah pekerja seramai 150 orang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pusat perkhidmatan tersebut terletak di kawasan seluas 1.2 ekar, dengan barisan kedai seluas 25,000 kaki persegi serta ruang pejabat seluas 10,000 kaki persegi.

 

Bahagian Jentera UMW mengedarkan produk jentera yang terkemuka dari jenama terkenal seperti Komatsu, Bomag, Rosenbauer, Tennant dan jentera pengendalian Toyota seperti jentera angkut, trak capai dan lain-lain.

 

Ia juga mengedarkan tayar dan bateri untuk jentera industri. Bahagian ini mempergiatkan usahanya untuk menambah nilai kepada perniagaan logistik dan gudang melalui proses automasi dengan sokongan daripada Toyota Material Handling International.

 

Selain itu, unit Perindustrian Kuasanya menyediakan penyelesaian untuk jentera perindustrian tenaga dan marin.

 

EDCC yang terletak di lokasi strategik ini merupakan sebuah pusat perkhidmatan untuk pelanggan meneroka dan menghargai produk, penyelesaian automasi dan perkhidmatannya.

 

Ia juga merupakan gudang alat ganti, pusat perkhidmatan dan pembaikan serta aktiviti berkaitan seperti pusat panggilan, litar latihan pengendalian bahan dan litar untuk latihan operator jentera angkut.