'Ulat' ditahan ketika pancing pelanggan di KLIA 2

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Memujuk dan merayu-rayu, itu taktik 'ulat' kereta sewa bagi memancing penumpang yang tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dalam satu hantaran di Facebook berkata, seorang lelaki ditahan anggota penguat kuasa semasa suspek cuba memujuk seorang warga tempatan untuk menggunakan perkhidmatannya, di Sepang pada Selasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Suspek memujuk, merayu dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada seorang penumpang dari KLIA2 ke KLIA dengan kadar tambang RM40.

"Sebuah kenderaan Volkswagen Jetta berserta pemandu ditahan dan disita pada Selasa untuk siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan dari masa ke semasa bagi membanteras kegiatan ulat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara haram.

"Suspek memujuk, merayu dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada seorang penumpang dari KLIA2 ke KLIA dengan kadar tambang RM40.

"Sebuah kenderaan Volkswagen Jetta berserta pemandu ditahan dan disita semalam untuk siasatan," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan dari masa ke semasa bagi membanteras kegiatan ulat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara haram.

 

Harian Metro