'Ulat' di KLIA 2 dicekup JPJ!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Zaman sebelum wujudnya aplikasi e-hailing, kita seringkali dengar tentang aktiviti 'ulat' yang berkeliaran di stesen bas, lapangan terbang dan di tempat-tempat yang ramai pengunjung terutama pelancong dari luar negara.


Dan 'ulat-ulat' ini masih wujud sehingga ke hari ini! Jangan salah faham mereka bukan teksi sapu ya...
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tahniah dan syabas kepada JPJ Selangor yang berjaya menahan dua pemandu dalam operasi berasingan pada Selasa dan Rabu lalu.

 


Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya, dua pemandu tersebut telah menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara haram atau 'ulat' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2)dan telah ditahan dalam operasi khas baru-baru ini.

 

Menurut beliau tangkapan pertama berjaya menahan lelaki berusia 43 tahun yang memandu sebuah kereta jenis Nissan Almera.

 

Tambah beliau lagi kepada Sinar Harian pada Khamis, siasatan awal mendapati 'ulat' tersebut mengenakan tambang kepada seorang penumpang tempatan dari KLIA 2 ke Setia Alam, Shah Alam dengan kadar tambang sebanyak RM150 yang akan dibayar setelah sampai ke destinasi.

 

Tangkapan kedua pula JPJ berjaya menahan kereta jenis Nissan Sentra yang dipandu lelaki berusia 32 tahun.

 

Pemandu tersebut dipercayai mengenakan tambang kepada dua penumpang tempatan dari KLIA 2 ke Chinatown, Kuala Lumpur dengan kadar tambang sebanyak RM110 yang akan dibayar setelah sampai ke destinasi.

 

JPJ turut menyita dua kereta ini untuk tindakan lanjut kerana menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 katanya lagi.

 

Beliau turut menasihati orang awam agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di KLIA dan KLIA 2 atau pun membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.

 

Jadilah pengguna bijak agar anda tidak ditipu!

 

 

Sinar Harian