Ular dalam pesawat - Penerbangan KL - Tawau dilencongkan ke Kuching

oleh SALINA JALIL|
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengesahkan pesawatnya yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau terpaksa dilencongkan ke Kuching, Sarawak sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan penumpang.


Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia, Kapten Liong Tien Ling berkata, pihaknya menyedari berlaku insiden di dalam penerbangan terbabit pada Khamis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Sebaik kapten menyedarinya, beliau membuat keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching sebagai langkah pembersihan pesawat.


"Insiden ini jarang berlaku pada mana-mana pesawat," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Jumaat.

 

Katanya lagi, Kapten kapal mengambil tindakan dengan sewajarnya sebelum penerbangan diteruskan ke Tawau supaya tiba dengan secepat mungkin.

 

"Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta kru sentiasa menjadi keutamaan kami," katanya.

 

Sebelum itu, tular satu video berdurasi 14 saat menunjukkan terdapat kelibat ular berada di dalam sebuah pesawat yang dipercayai dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau.
 

 

Video di bawah:

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut pencinta-pencinta alam semulajadi Jerman, NABU, sebarang usaha untuk menebang pokok-pokok…