Ulang tahun ke-100 Maybach bakal diserikan dengan Mercedes S-Class bernadikan V12!

oleh Mohamad Hanif|
Subjenama ultra mewah yang bernaung di bawah Mercedes, Maybach bakal menyambut ulang tahun yang ke-100 dan pengeluar yang khusus untuk golongan satu peratus itu menayangkan sebuah gambar model Maybach S-Class generasi baharu berserta refleksi sebuah model Maybach W3 tahun 1922.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, terdapat satu butiran kecil yang wujud pada fender hadapan S-Class itu menampilkan lencana V12 yang menandakan enjin bentangan V 12 silinder itu nampaknya akan terus kekal hidup di bawah hud enjin S-Class generasi terbaharu itu.
 

 


Tiada sebarang butiran lanjut didedahkan oleh Mercedes-Benz, namun S-Class ultra-mewah itu dijangka akan menampilkan enjin 6.0 liter V12 turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa melangkaui 600 hp, serta sistem pacuan semua roda 4MATIC.

Sementara itu, Mercedes-AMG S 65 diberitakan akan digantikan dengan model S 73 e yang menampilkan enjin V8 plug-in hybrid, dan ia menjadikan Maybach S-Class ini satu-satunya S-Class yang menawarkan enjin V12.

Mercedes-Maybach S-Class V12 ini dijangka akan memberikan saingan kepada model-model seperti Bentley Flying Spur W12, Rolls-Royce Ghost, Audi A8 Horch W12 serta BMW M760i V12.

Baca: Mercedes-Maybach S-Class 2021

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sudah pasti, jika Mercedes mengabungkan namanya bersama Maybach, akan terserlah ciri-ciri kemewahan…
Pelancaran
Ia hadir dengan penawaran enjin V8 yang serupa namun dengan talaan kuasa yang lebih tinggi, 557 hp…
Pelancaran
Hanya ditawarkan dalam varian tunggal S 580 4MATIC, sedan Maybach S-Class ini dikuasakan oleh enjin…