UK mahu haramkan kereta hibrid, PHEV seawal 2035

oleh Mohamad Hanif|
Jika sebelum ini kerajaan UK mensasarkan 2040 untuk menghentikan secara menyeluruh penjualan kenderaan berenjin konvensional (petrol dan diesel), langkah terbaharu ini bakal merangkumi kenderaan hibrid dan juga plug-in hybrid.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tarikh tutup perlaksanaan pengharaman tersebut akan diawalkan lima tahun berbanding tahun sasaran, iaitu 2035 menurut pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Setiausaha Pengangkutan UK baru-baru ini. 

Langkah ini turut merangkumi penjualan van-van komersil seperti Nissan NV200 atau Ford Transit, di mana hanya versi EV sahaja akan dibenarkan dijual bermula 2035.

Menurut sumber yang rapat kepada Pejabat Unit Kenderaan Emisi Rendah (OLEV) mengesahkan kenderaan PHEV akan turut sama dimasukkan ke dalam senarai pengharaman penjualan bersama-sama kenderaan hibrid konvensional, kereta petrol dan juga diesel. 

 


Sumber kerajaan turut memberitahu bahawa langkah pengharaman tersebut adalah lebih baik sekiranya ia dipercepatkan berbanding tarikh asal (2035). 

Berita terbaharu ini dilihat bakal memberikan kesan kepada industri kenderaan, terutama kepada pengeluar yang melaburkan wang dalam jumlah yang besar untuk membangunkan sistem plug-in hybrid. 

Peralihan kepada kereta elektrik hanya boleh dilakukan sekiranya beberapa isu yang timbul sebelum ini berjaya diselesaikan di peringkat awal, seperti contoh bilangan stesen pengecasan di seluruh negara, serta inisiatif kerajaan untuk menangani isu tersebut. 

Dengan peningkatan jumlah EV, sudah pasti akan berlakunya peningkatan yang mendadak terhadap bekalan bahan mentah (seperti contoh, kobalt) yang diperlukan untuk membangunkan pek bateri EV. 
 


Isu yang lebih penting sudah pasti tahap mampu milik yang ditawarkan oleh pengeluar untuk model-model EV yang bakal dijual pada masa akan datang. 

Merujuk kepada Mike Hawes, CEO Society of Motor Manufacturers and Traders berkata, "anda lihat sahaja kereta paling laris ketika ini seperti Fiesta, Corsa dan sebagainya, tiada satu pun model kereta elektrik yang berada di dalam lingkungan harga tersebut.

"Turunkan harga, dan anda boleh tingkatkan permintaan terhadap EV," ujarnya. 

Sumber: Auto Express

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Berita Global
Ini bermakna, sudah hampir 30 tahun Toyota Prius bertapak di atas muka bumi sebagai satu alternatif…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, Prius baharu ini nyata membawakan rupa paras yang lebih dinamik,…