UK kini mempunyai stesen pengecasan EV lebih banyak berbanding stesen minyak

oleh Mohamad Hanif|
Seperti stesen minyak, stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) merupakan salah satu perkara wajib yang perlu ada bagi memenuhi permintaan dan juga peningkatan trend terhadap pemilikan EV masa kini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana teknologi sedia ada belum cukup mampu untuk menyediakan sebuah EV dengan jarak operasi yang cukup jauh menyaingi jarak yang ditawarkan oleh sebuah kereta petrol. 

Tatkala negara lain seakan terlupa akan perkara yang satu ini, di UK pula kini mempunyai bilangan stesen pengecasan EV yang jauh melebihi bilangan stesen minyak di seluruh negara. 
 


Sejumlah 9,300 lokasi di seluruh UK kini dilengkapi dengan fasiliti pengecasan EV, dengan kira-kira 1,600 daripadanya mampu menawarkan pengecasan pantas di mana pemilik boleh menghabiskan masa selama satu jam bagi menunggu kapasiti bateri mencecah 80 peratus. 

Kebimbangan terhadap jarak operasi EV (range anxiety) kini sudah berjaya dikurangkan apabila pengenalan kereta elektrik disekalikan dengan naiktaraf fasiliti pengecasan. 

Malah, dengan pengenalan zon emisi ultra-rendah (ULEZ) di sesetengah bandar yang memerlukan kenderaan emisi sifar sahaja menjadikan rakyat UK kini beralih arah mencari sebuah EV untuk dijadikan kenderaan seharian. 
 


Hal ini turut dipersetujui oleh pengarah urusan Nissan UK, Kalyana Sivagnanam melihatkan kepada peningkatan fasiliti pengecasan yang mampu memenuhi keperluan pemanduan seharian.

"Cabaran seterusnya adalah untuk memastikan infrastruktur sedia ada mampu untuk memenuhi permintaan memandangkan bilangan EV juga kini semakin meningkat.

"Kami mahu menjadikan pemilikan EV sebagai sebuah pengalaman yang menyeronokkan!" ujarnya. 

Jika dibandingkan dengan stesen pengecasan EV, bilangan stesen minyak di UK kini berkurangan sebanyak 80 peratus semenjak tahun 1970, dengan bilangan kini pada angka 8,400 buah sahaja.
 

bagaimana dengan masa hadapan stesen minyak?

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kerajaan mengambil maklum akan cabaran semasa yang dihadapi oleh pihak penyedia perkhidmatan…
Berita Domestik
Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun beliau bersama-sama…
Berita Domestik
Tesla Supercharger V3 itu menyediakan empat pengecasan pantas DC 250 kW, serta satu unit…