Ujian rintis IMBRT bermula April ini - IRDA

oleh Mohamad Hanif|
Projek Bas Alihan Cepat Iskandar Malaysia (IMBRT) akan mencapai fasa seterusnya melibatkan program ujian rintis selama tiga bulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, ujian rintis itu akan melibatkan penyertaan sembilan pembekal bas bagi pelaksanaan demonstrasi teknologi bas hijau terkini meliputi elektrik dan biodiesel.

Beliau berkata, ia akan dijalankan oleh IRDA di sepanjang laluan Lebuhraya Sultan Iskandar di antara Horizon Hill dengan Anjung di Medini mulai 8 April.

"Pembekal ini akan mengetengahkan bas bersaiz enam meter, 12 meter dan 32 meter. Satu kajian juga akan dilaksanakan oleh Institut Pengangkutan Malaysia untuk menilai prestasi sistem alihan cepat automatik, terutama melibatkan keupayaan belok, mudah dikendalikan dan pertukaran laluan.

 


"Bas-bas bersaiz enam meter akan melalui penilaian kebolehlaksanaan laluan penghantar selain tempoh hayat bateri (bagi setiap perjalanan) untuk bas elektrik," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Ismail berkata, program itu akan menjadi satu pencapaian penting bagi IMBRT memandangkan projek tersebut dilaksanakan pada tahap maksimum.

Infrastruktur pengangkutan awam yang cekap dan bersepadu merupakan pemangkin untuk menarik pelaburan asing dan domestik ke wilayah ini bagi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi.

"Kami yakin sistem IMBRT akan mempertingkatkan mobiliti penduduk menerusi penyediaan kesambungan dan akses menyeluruh di Iskandar Malaysia," katanya.
 


IMBRT yang ditetapkan sebagai tulang belakang pengangkutan awam di Iskandar Malaysia bermatlamat untuk memperluas liputan pengangkutan awam di wilayah itu, daripada 39 peratus kepada 90 peratus selain meningkatkan bahagian mod pengangkutan awam daripada 15 peratus kepada 40 peratus pada 2025.

IMBRT akan menyediakan 55 perkhidmatan penghantar dan 44 perkhidmatan terus menjadikan liputan rangkaian keseluruhan seluas 2,051 km atau hampir 90 peratus daripada kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia.

Laluan utama IMBRT adalah sepanjang 54.92 km melalui Skudai, Tebrau, dan Iskandar Puteri.

Projek itu merangkumi 33 stesen dengan satu hab di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Laluan Skudai.


Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada The Rakyat Post, Majlis Perbandaran Sepang telah mengesahkan projek…
Berita Domestik
  Pengarah IMBRT, Rudyanto Azhar berkata, ujian tersebut melibatkan sembilan syarikat pengeluar…