Ujian Pra-Musim MotoGP Sepang - majoriti pelumba pecah halangan 2 minit!

oleh Mohamad Hanif|
Musim perlumbaan MotoGP 2020 bakal menyaksikan persaingan yang sengit di kalangan pelumba apabila masing-masing mencatatkan rekod pusingan terpantas di bawah paras 2 minit!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ujian pra-musim (Winter Test) yang dijalankan di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini menyaksikan kira-kira 23 orang pelumba berjaya memecahkan halangan 2 minit bermula dari pelumba terpantas Fabio Quartararo (PETRONAS Yamaha SRT) sehinggalah Iker Lecuona (Red Bull KTM Tech 3). 

Jika dibandingkan dengan ujian yang dijalankan 10 tahun yang lalu, hanya 10 pelumba teratas berjaya memecahkan halangan 2 minit. 

 


Kini, dengan 23 orang pelumba berjaya mencatatakn masa bawah 2 minit termasuklah pelumba rookie dan juga pelumba ujian Yamaha Jorge Lorenzo, ia membuktikan bahawa tahap persaingan di dalam MotoGP kian mencabar.

Pelumba PETRONAS Yamaha SRT, Fabio Quartararo di hari ketiga berjaya memadamkan rekod sendiri yang dicatatkan pada hari pertama dan kedua dengan catatan 1 minit 58.349 saat.

 


Tempat kedua pula dipegang oleh Cal Cructhlow (LCR Honda) diikuti oleh pelumba Suzuki Ecstar dengan catatan 1'58.450s.

Ujian seterusnya akan diadakan di Litar Losail, Qatar sebelum musim perlumbaan MotoGP 2020 bermula di litar yang sama pada Mac nanti. 

 


Sumber: MotoGP

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…