Ujian percubaan RFID hari pertama - PLUS yakin mampu perluas penggunaan RFID di seluruh negara

oleh Mohamad Hanif|
Hari pertama pelaksanaan pembukaan lorong RFID (22 Julai 2020) di sembilan plaza tol antara Hutan Kampung, Kedah sehingga Sungai Dua, Pulau Pinang menyaksikan perjalanan yang lancar bagi para pengguna yang menggunakan laluan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS berkata, sambutan yang diterima dari pengguna Pulau Pinang dan Kedah amat menggalakkan dan pihaknya menjangkakan penambahan kadar penggunaan lorong RFID dalam masa terdekat.

Ia juga selari dengan hasrat kerajaan dalam melaksanakan sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang menawarkan transaksi yang lebih pantas serta mengurangkan kesesakan.

Selain daripada itu, PLUS juga menggalakkan para pengguna lebuhraya PLUS untuk berpindah kepada penggunaan tag RFID yang menawarkan kelebihan seperti bayaran fi satu kali RM35, kemudahan menambah nilai eWallet dalam talian, mengurangkan insiden kehilangan peranti SmartTAG atau tidak mempunyai bateri.

Pelaksanaan lorong tag RFID juga amat bertepatan dengan SOP COVID-19 yang dibentangkan oleh kerajaan bagi mengurangkan interaksi sesama manusia menerusi transaksi tanpa sentuhan dan tanpa tunai.

Dengan kejayaan pelaksanaan lorong RFID di utara, PLUS juga amat yakin untuk melaksanakan RFID di sepanjang tol sistem tertutup bermula dari tol Juru sehingga Skudai dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Kedua-dua lorong manual RFID itu boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat…
Berita Domestik
Dengan pelaksanaan MLFF kelak, beliau berkata, pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, pembuktian konsep bagi sistem MLFF di Lebuh Raya Sungai Besi itu akan…