Ujian penarafan ASEAN NCAP kini lebih ketat

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Bermula tahun 2017, Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu di negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah memperkenalkan sistem penilaian baharu yang lebih ketat bagi sesebuah kenderaan itu mendapat penarafan lima bintang.

 

 

ASEAN NCAP

 

1. Sistem penilaian AOP dan COP kini digabungkan

 

Dengan sistem baharu yang diperkenalkan pada tahun 2017, AOP (50%) dan COP (25%) telah digabungkan dibawah satu penilaian yang memudahkan pengguna untuk memahami sistem baharu ini.

 

Melalui sistem penilaian yang digunakan sebelum ini iaitu pada tahun 2012 hingga 2016 adalah berdasarkan dua penilaian berbeza iaitu "Adult Occupant Protection" AOP dan "Child Occupant Protection" (COP).

 

 

2. P dummies kini digantikan dengan Q dummies

 

Kaedah ujian kemalangan ASEAN NCAP juga telah ditambah baik dengan pengenalan “Q dummies” meggantikan “P dummies”. “Dummies” ini merupakan anak patung yang mewakili kanak-kanak dalam ujian kemalangan yang dijalankan.

 

Menurut ASEAN NCAP, “Q dummies” yang baharu diperkenalkan ini merupakan anak patung yang lebih canggih dan sensitif berbanding “P dummies” yang digunakan sebelum ini. Dalam ujian yang dijalankan juga, impak perlanggaran dari tepi turut diambil kira.

 

ASEAN NCAP

 

 

3. “Blind Spot Technology” dan amaran pemakaian tali pinggang

 

Penilaian ujian NCAP kini turut mengambil kira “Blind Spot Technology” (BLIS) memandangkan terdapat banyak penunggang motosikal di jalan raya ASEAN yang sering terlibat dalam kemalangan. Dengan adanya “Blind Spot Technology”, pemandu dapat mengesan kehadiran motosikal atau kenderaan lain yang berada di kawasan titik buta (blind spot).

 

 

Selain itu, bagi mendapatkan penarafan lima bintang, ASEAN NCAP turut menetapkan bahawa amaran pemakaian tali pinggang pada bahagian hadapan pemandu dan penumpang serta kawalan kestabilan elektronik akan diambil kira sebagai faktor wajib bagi kenderaan untuk mendapat penarafan lima bintang.

 

ASEAN NCAP

 

 

4. Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) (25%)

 

Ujian baharu ini turut mengambil kira Teknologi Bantuan Keselamatan pada sesbuah kenderaan yang menjalani ujian keselamatan. Antaranya, Sistem Brek Anti Kunci, “Lane Departure Warning System”, “Forward Collision Warning System”, “Integrated CRS”, AEB Inter-Urban”, “AEB City” dan AEB VRU”.

 

Selain dari lulus ujian kemalangan, kereta yang diuji harus datang dengan kriteria yang telah ditetapkan oleh ASEAN NCAP bagi memperoleh penarafan lima bintang.

 

ASEAN NCAP

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…