Ujian pelanggaran Polestar 1 - lulus cemerlang!

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Volvo yang kita ketahui sudah terkenal dengan kepakaran mereka di dalam menghasilkan kenderaan yang selamat dan kukuh demi melindungi nyawa para penumpangnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sudah semestinya kepakaran dan pengetahuan know-how daripada Volvo itu telah diwariskan kepada sub-jenama prestasi elektrik di bawah naungannya, Polestar. 

Menerusi ujian pelanggaran yang telah dijalankan di Volvo Cars Safety Centre di Gothenburg, Sweeden, model sulung Polestar 1 dilihat lulus dengan cemerlang dalam ujian tersebut, terima kasih kepada struktur binaan casis daripada gentian karbon. 
 


Ketika rangka utama Polestar 1 diperbuat daripada keluli, panel badan luaran pula menggunakan bahan ultra ringan yang kukuh, direka khusus untuk menghapuskan daya pelanggaran secara pecahan, berbanding cara tradisional panel logam yang membengkok ketika kemalangan. 

Hasil daripada ujian pelanggaran pada kelajuan 56 km/j, struktur hadapan Polestar 1 dilihat menyerap hampir kesemua tenaga pelanggaran sehinggakan rangka utama tidak mengalami sebarang tanda-tanda kerosakan. 

Menurut Thomas Ingenlath, CEO Polestar mengulas pencapaian ini berkata, "Ini merupakan satu penemuan yang kukuh di dalam pembangunan Polestar 1, bahawa penggunaan bahan gentian karbon sememangnya memenuhi standard piawaian keselamatan yang tertinggi!"

Saksikan rakaman video ujian pelanggaran yang dijalankan oleh Polestar terhadap model sulung mereka di Sweeden.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini, Polestar telah mendedahkan sebuah model edisi terhad Polestar 1 yang dilayangkan…
Berita Global
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Polestar baru-baru ini mengumumkan slot terakhir produksi untuk…
Berita Global
Pusat Produksi Polestar ini direka oleh syarikat arkitek Snøhetta, bertujuan untuk menjadi salah…