Menurut seorang juruterbang Allegiant Air, John Carter ketika kejadian, sebuah pesawat Boeing 777 Cathay Pacific sedang terbang di atas Laut China Selatan.
Katanya, anak kapal pesawat itu kemudian menerima panggilan daripada pihak kawalan trafik udara yang memberitahu mereka untuk mengubah haluan 90 darjah dengan serta-merta.
Pesawat itu terpaksa mengubah haluan bagi mengelakkan ia terkena misil itu dipercayai JL-3 yang dilancarkan dari kapal selam nuklear jenis 094 tentera laut China.
Seorang penganalisis kapal selam dan senjatal, H. I. Sutton dilaporkan berkata rakaman video itu boleh dipercayai.
Namun, setakat ini, tarikh sebenar ujian misil itu dilancarkan dan lokasinya tidak didedahkan.