Ujian memandu dengan CCTV akan bermula di Johor - Menteri

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata semalam bahawa satu projek E-Testing untuk pelajar lesen memandu akan dimulakan kelak di Johor dalam masa satu atau dua bulan lagi.

Ujian moden itu tidak akan melibatkan pegawai JPJ untuk duduk bersebelahan dengan pelajar semasa ujian. Sebuah sistem automasi lengkap dengan kamera CCTV akan digunakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ujian ini ialah untuk membasmi kes lesen kopi-O dan pakej-pakej Gerenti Lulus yang ditawarkan oleh sesetengah pihak. 

Dengan E-testing, pelajar akan diperhatikan dari jarak jauh melalui sistem video. 

Loke juga berkata beliau sedar pakej-pakej gerenti lulus ini masih ditawarkan dan diiklankan secara terbuka di media sosial.

"Pihak kementerian akan bersifat tegas untuk memastikan gejala ini dihapuskan," ujarnya ketika ditemuramah oleh sebuah stesen radio berbahasa Mandarin semalam.

Bagi pihak Careta, adalah menjadi harapan kepada rakyat agar pihak kementerian dapat menangkap mereka yang terbabit dengan salah-guna kuasa. 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan kesemua suspek menerima wang rasuah daripada calon-calon peserta yang menghadiri ujian…
Berita Global
  Rakaman CCTV menunjukkan pemandu kereta tersebut gagal membelok ke kanan dengan sempurna dan…
Berita Global
Cha Sa-soon, 69, mula menduduki ujian bertulis pada April 2005 dan selepas gagal buat kali pertama…