Ujian dyno dedahkan Civic Type R FL5 mampu hasilkan 327.3 hp, 487 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Mengikut spesifikasi 'rasmi', Honda Civic Type R 2023 dengan enjin K20C1 itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 315 hp dan daya kilas 420 Nm.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun menurut penala terkenal Honda, Hondata yang kini sedang membangunkan kit prestasi untuk Civic Type R, mereka mendakwa model tersebut sebenarnya jauh lebih berkuasa.
 

555


Berdasarkan ujian dyno yang dibuat oleh Hondata, hot hatch tersebut berupaya menghasilkan 327.3 hp dan 487 Nm.

Ini menjadikan Civic Type R FL5 jauh lebih bertenaga dengan kelebihan 11 kuasa kuda dan 68 Nm berbanding apa yang diumumkan pada kertas spesifikasi kilang.

Sebagai perbandingan, Civic Type R 2023 spesifikasi Jepun mampu menghamburkan kuasa setinggi 325 hp dan daya kilas 420 Nm yang sama, manakala Civic Type R FK8 pula memiliki angka kuasa kuda 306 hp dan 400 Nm.

 


Ini bukanlah kali pertama pengeluar automotif 'menipu' para pelanggan dengan angka kuasa kuda yang rendah.

Suatu ketika dahulu, pengeluar kereta Jepun mempunyai satu perjanjian lelaki sejati (gentlemen's agreement) untuk tidak menghasilkan kereta berkuasa melebihi 276 hp untuk model berkuasa tinggi seperti Mitsubishi 3000GT dan Nissan Skyline GT-R R34.

Menariknya, had kuasa tersebut hanyalah sekadar angka di atas kertas semata-mata, dan tidak dihadkan untuk kegunaan jalan raya.