Ujian drag Tesla Model S P100D vs Porsche Taycan Turbo S - mana satu lebih pantas?

oleh Mohamad Hanif|
Kejuruteraan Amerika Syarikat vs Jerman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada tahun 2016, Tesla telah membawakan pembaharuan terhadap sedan elektrik dengan pengenalan Model S P100D dengan tetapan motor elektrik berkembar menghasilkan 275 kuasa kuda dan 420 Nm (motor hadapan) dan 503 hp/720 Nm pada motor belakang.

Secara keseluruhan, di dalam mod Ludicrous+, Tesla Model S ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 750 hp dan hanya memerlukan 2.5 saat untuk mencapai 0-96 km/j!

Manakala Porsche Taycan Turbo S yang baharu sahaja dilancarkan pada tahun lalu memiliki spesifikasi dua motor elektrik - satu untuk setiap gandar dengan kuasa yang mampu mencapai 750 hp dan 1,050 Nm apabila mod Overboost diaktifkan.

Ini membolehkan Porsche Taycan memecut sepantas 2.6 saat dari 0-96 km/j.

Angka yang dilihat hampir, namun bagaimanakan jika ujian dilakukan dalam dunia sebenar?

Dalam rakaman yang dilakukan oleh saluran Youtube Cars with Pilot Tseno, ujian antara kedua-dua kereta elektrik tersebut nyata memberikan satu maklumat yang baharu buat pengamatan kita bersama.

Ini kerana video yang bermula pada minit ke 2.30 itu jelas menunjukkan bahawa Porsche Taycan dilihat agak lambat untuk memulakan pemanduan berbanding Tesla Model S.

Keputusan akhir boleh didapati menerusi pautan video di bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam respons kepada soalan MP Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Menteri Belia dan Sukan…
Berita Domestik
  “Penggunaan tayar sotong bersaiz kecil iaitu 60/80, 50/80 atau 50/90 sangat berisiko kemalangan…
Berita Domestik
MAM juga menerangkan hanya acara sukan permotoran dua roda sahaja yang diluluskan untuk litar drag…