Ujian drag: Boleh ke GR Yaris lawan Civic Type R?

oleh Mohamad Hanif|
Sejak dari awal, Toyota GR Yaris sememangnya bukanlah pesaing sebenar kepada hot hatch Honda Civic Type R, malah segmen kenderaan yang diduduki serta sistem pacuan yang digunakan adalah tidak sama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun ia tidak pernah sekali-kali menghalang saluran Youtube Carwow untuk melakukan perlumbaan drag antara kedua-dua jentera panas dari Jepun.

Atas kertas, apa yang ditawarkan oleh GR Yaris tidaklah sehebat Civic Type R, di mana Civic Type R mampu mengekstrak kuasa 316 hp/400 Nm daripada enjin 2.0 liter turbo.

Manakala GR Yaris pula hanya memiliki enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo yang menghasilkan 257 kuasa kuda dan 360 Nm.

 


Namun, dalam ujian perlumbaan drag yang dijalankan atas kondisi jalan yang basah, lain pula ceritanya!

Carwow berjaya menunjukkan bahawa jentera cilik GR Yaris dengan sistem pacuan semua roda itu menampilkan kehebatannya yang tersendiri apabila berlepas daripada garis permulaan.

Selain daripada itu, kelebihan yang ada pada GR Yaris adalah berat sekitar 1,280 kg sahaja walaupun dengan sistem AWD dan LSD Torsen, jika dibandingkan dengan Civic Type R yang jauh lebih berat (1,436 kg).

Video penuh ujian drag ini boleh ditonton pada pautan di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah menghentikan sementara penjualan bagi model tersebut disebabkan…
Berita Global
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Honda Civic Type R 2023 membawakan nadi turbo 2.0 liter…
Berita Global
Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah…