UIA hasilkan bahan bakar sawit lebih murah dari Biodiesel sawit B10 sekarang

oleh HEZERI SAMSURI|
Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) telah berjaya menghasilkan bahan bakar biodiesel dari minyak sawit enapcemar atau Sludge Palm Oil (SPO).

SPO ialah minyak gred rendah yang dihasilkan dari pengilangan minyak sawit. 

Menurut Prof. Dr. Md Zahangir Alam, ketua pasukan penyelidik projek tersebut dari Fakulti Kejuruteraan Bio Kimia UIAM, biodiesel dari sumber SPO ini adalah alternatif bahan bakar yang lebih murah berbanding dengan biodiesel berasaskan minyak sawit mentah yang digunakan sekarang untuk pasaran tempatan (diesel B10).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan Sinar Harian berkata proses penghasilan bahan bakar dari SPO oleh UIAM itu juga dianggap sebagai proses yang mesra alam.

Sebelum ini, bahan bakar berasaskan SPO tidak boleh dilakukan kerana kos penghasilan yang terlalu tinggi dan tidak ekonomik.

Dr Mohd Zahangir menerangkan bahawa teknologi enzimatik hydro-esterifikasi telah dicipta untuk mengatasi kos lanjut proses penghasilannya.

“Lapisan yang dihasilkan menggunakan kaedah hidrolisis enzimatik diikuti esterifikasi SPO kepada biodiesel. Kaedah ini telah memiliki potensi tinggi untuk pengeluaran biodiesel daripada bahan makanan free fatty acid (FFA) dan meletakkan SPO pada skala selanjutnya sehingga mampu menghasilkan biodiesel dalam skala besar," ujar beliau kepada Sinar Harian.

"Kos biodiesel SPO ialah RM1.20 seliter, berbanding dengan RM3.20 seliter untuk biodiesel berasaskan sumber petroleum atau CPO," terangnya lagi.

Professor itu juga menerangkan bahawa sifat biodiesel SPO yang dihasilkan mereka mempunyai penerimaan yang lebih tinggi sebagai bahan bakar berbanding dengan piawaian Eropah (EN14214) sendiri.

"Bila diuji penggunaannya di dalam enjin, 30 peratus biodiesel SPO yang dicampurkan dengan 70 peratus diesel mempunyai kadar prestasi yang sama dengan enjin yang menggunakan bahan bakar diesel dari 100 peratus sumber petroluem."

"Sebanyak 800,000 tan SPO dihasilkan setiap tahun dan 700,000 tan dari jumlah itu mampu diproses untuk menjadi bahan bakar," kata Dr Mohd Zahangir.

Mungkin ini adalah satu lagi alternatif untuk negara mengembangkan teknologi tempatan disamping membantu menambahkan lagi penggunaan sawit di dalam pasaran global.

 

* Sumber berita dari

https://kampusuols.com/article/429644/U-Inovasi/Selepas-hampir-10-tahun-penyelidikan-akhirnya-pakar-UIAM-berjaya-hasilkan-bahan-bakar-daripada-minyak-sawit