UEM Edgenta laksana mekanisasi kenderaan penyelenggaraan lebuhraya

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

UEM Edgenta, anak syarikat UEM Group hari ini telah memperkenalkan empat buah jentera mekanisasi baharu pertama di Malaysia untuk tugas-tugas penyelenggaraan infrastruktur di lebuhraya utara selatan (PLUS). 

Empat jentera tersebut adalah:

  • Mechanized Grass Cutter
  • Remote Slope Grass Cutter (LPT2) 
  • Mechanized Road Sweeper
  • Impact Protection Vehicle

Melalui pengenalan Mechanized Grass Cutter ini akan mengurangkan kadar pendedahan kepada trafik semasa (ETLT) sebanyak 88% sekaligus meningkatkan kadar keselamatan kepada para pekerja. 

 


Ia juga dapat mengurangkan masa dihabiskan di atas jalan selain meningkatkan kadar produktiviti daripada 800 m² per jam kepada 12,000 m² per jam. 

Jentera Impact Protection Vehicle pula mampu mengurangkan kadar kebergantungan kepada jumlah kenderaan Traffic Management Vehicle (TMV) dan Safety Vehicle (SV) yang digunakan kepada dua unit IPV sahaja terutama ketika sedang melakukan kerja-kerja mengalih trafik di lebuhraya.

Dengan melaksanakan proses automasi dan mekanisasi ini, UEM mampu mempromosikan keselamatan dan keberkesanan yang lebih baik, selari dengan agenda nasional di dalam Industri 4.0.

 


Dalam masa yang sama, UEM Edgenta turut sama menandatangani perjanjian memorandum bersama LLM dan CIDB bagi meningkatkan kadar kecekapan dalam penyeliaan dan penyelenggaraan infrastruktur lebuhraya Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Datuk Azmir Merican, berkata setiap pihak yang terbabit akan menyumbang kepakaran mereka merangkumi aspek operasi, pengawal seliaan dan latihan, sekaligus memberi kesan positif selain meningkatkan piawaian keselamatan lebuh raya.