UberAir bakal uji penggunaan teksi terbang di Melbourne, tahun hadapan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Uber telah memilih lokasi ketiga bagi menjalankan fasa pengujian teksi terbang di Melbourne, Australia selepas Dallas dan Los Angeles. 

Pemilihan lokasi ini berikutan destinasi asal Dubai tidak mendapat sokongan sepenuhnya dan memaksa syarikat tersebut mencari lokasi lain di luar negara Amerika. 

Antara sebab pemilihan Melbourne mengatasi lokasi-lokasi lain seperti Rio de Janeiro, Sao Paulo, Paris, Mumbai, Delhi, Bangalore dan Tokyo adalah kerana kerajaan Australia itu sendiri. 

Menurut Susan Anderson, Pengurus Besar Uber bagi Rantau Australia, New Zealand dan Asia Utara memberitahu Reuters, "ketersediaan kerajaan Australia dilihat memberi ruang bagi masa hadapan teknologi pengangkutan dan perkongsian kenderaan.

"Melbourne juga mempunyai faktor demografi dan geospatial yang serba unik, selain memiliki budaya inovasi dan teknologi menjadikan pemilihannya suatu langkah yang sangat tepat," ujar beliau lagi.
 


Uber dijangka akan memulakan pengujian jentera elektrik UberAir pada tahun hadapan, tiga tahun lebih awal sebelum perkhidmatan tersebut dilancarkan sepenuhnya. 

Ia akan meliputi tempoh masa kira-kira 10 minit dari pusat membeli belah di Westfield ke lapangan terbang antarabangsa di Melbourne sejauh 19.3 km yang biasanya mengambil masa kira-kira 25 minit dengan menaiki kereta. 

Untuk tempahan, para pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut menerusi aplikasi Uber.

Dengan adanya sistem kenderaan teksi udara UberAir ini, Uber kini bekerjasama dengan NASA bagi merancang sistem kawalan trafik udara untuk barisan teksi terbang mereka.  

Sumber: Engadget

Berita Berkenaan

Berita Global
  Laporan dari Daily Mail, Oliver Kaplan, 22, dimaklumkan kos perjalanan dari Hyde ke Ashton-under…
Berita Global
    Menurut laporan United Press International (UPI), di bawah perjanjian itu, Uber dikehendaki…
Berita Global
Tertuduh, Rafaela Vasquez berusia 46 tahun yang hadir di mahkamah Maricopa County, Ariz pada Selasa…