Uber dan Grab didenda RM39.4 juta di Singapura kerana naikan tambang

oleh HEZERI SAMSURI|
Walaupun operasi Uber sudah tamat dan digantikan dengan Grab, syarikat Uber masih lagi mempunyai pegangan di dalam operasi Grab Asia Tenggara.

Dan kerana itu, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (Competition and Consumer Commission of Singapore, CCCS) telah menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua syarikat itu kerana dikatakan bergabung dan mendatangkan persaingan tidak sihat di dalam industri perkongsian kenderaan atau ride-hailing di negara republik tersebut.

Uber dikenakan penalti sebanyak RM20 juta sementara Grab pula dikenakan denda RM19.4 juta.

Operasi Uber telah diserap masuk ke dalam Grab pada 26 Mac lalu, menjadikan Grab sebagai operator ride-hailing terbesar di rantau ini.

Kajian CCCS mendapati Grab telah menaikkan kadar tambang perjalanan sebanyak 10 ke 15 peratus setelah proses pengambilalihan Uber dilakukan.

Grab juga didapati mengubah sistem ganjaran GrabRewards di mana mata yang dikumpulkan kurang dari sistem terdahulu.

Ini termasuk juga insentif dan kekerapan promosi kepada pemandu. 

Suruhanjaya Singapura itu mengarahkan agar Grab melaksanakan sistem pengiraan tambang yang lama serta kadar komisyen yang ditetapkan kepada pemandu sebelum penggabungan Grab-Uber.

Uber pula diminta untuk menjual semula kenderaan di bawah kelolaan Lion City Rentals kepada mana-mana pengusaha ride-hailing yang menawarkan kadar tambang yang berpatutan.

Menurut ketua eksekutif CCCS, Toh Han Li, syarikat perlu terus berinovasi untuk kekal relevan di dalam pasaran dan bukan menerusi penggabungan yang mendatangkan persaingan yang tidak sihat.

Grab bagaimanapun berkata ia tidak bersetuju dengan pendapat CCCS mengenai tindakan mereka menggabungkan operasi kedua operator tetapi akan patuh pada hukuman yang dikenakan.

Benarkan tambah Grab sudah lebih tinggi dari dahulu? Jika benar, kongsikan pendapat anda di Facebook kami.

* Sumber dari Channel News Asia

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada The Edge Markets, selain daripada PETRONAS, beberapa syarikat lain turut…
Berita Domestik
MyCC memfailkan permohonan itu di Mahkamah Persekutuan pada 18 Mei lepas melalui firma guaman…
Berita Global
Grab bercadang menggunakan dana suntikan pelabur-pelabur baharunya untuk membina rangkaian…