Uber bakal sambung kembali ujian kereta autonomi Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun yang lalu, program ujian pemanduan autonomi Uber diberhentikan buat sementara waktu sementara proses siasatan berhubung kejadian kemalangan di Tempe, Arizona sedang berjalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaubagaimanapun, disebabkan syarikat Uber telah melabur begitu banyak wang dan masa untuk program tersebut, menyerah kalah bukanlah satu pilihan yang tepat. 

Menurut satu sumber, Uber dilaporkan akan menyambung kembali ujian pemanduan autonomi bertempat di Pittsburgh dan besar kemungkinan di San Francisco bermula Ogos ini. 

Sumber itu turut menyebut Uber akan melaksanakan 16 saranan keselamatan yang diberikan oleh pasukan dalaman yang memantau operasi Uber selepas kemalangan tersebut. 

Salah satu daripada poin penting ialah sistem brek kecemasan yang membantu menghalang dan mengelakkan pelanggaran sekiranya berlaku sebarang masalah terhadap sistem pemanduan autonomi pada kenderaan tersebut. 

Selain daripada itu, Uber juga bakal meletakkan dua orang pemantau di dalam kenderaan ujian bagi memberikan sepenuh perhatian kepada halangan yang mungkin terjadi ketika pemanduan autonomi dijalankan, dan mengelakkan petugas yang ada lalai ketika menjalankan tugas pemantauan. 
 


Sistem perisian pemanduan autonomi juga akan turut dinaik taraf bagi mengesan pergerakan objek asing dengan lebih jitu, yang mana sebelum ini Uber dilaporkan telah mengubahsuai tahap sensitiviti sistem berkenaan apabila mengesan sesuatu objek yang bergerak. 

Uber dilaporkan telah melantik bekas pengerusi NTSB iaitu Christopher Hart sebagai penasihat kepada program pemanduan autonomi mereka. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Laporan dari Daily Mail, Oliver Kaplan, 22, dimaklumkan kos perjalanan dari Hyde ke Ashton-under…
Berita Global
    Menurut laporan United Press International (UPI), di bawah perjanjian itu, Uber dikehendaki…
Berita Global
Tertuduh, Rafaela Vasquez berusia 46 tahun yang hadir di mahkamah Maricopa County, Ariz pada Selasa…