Uber Asia Tenggara milik Grab!

oleh HEZERI SAMSURI|

Grab, perkhidmatan e-hailing yang berasal dari Malaysia dan kini popular di seluruh Asia Tenggara telah mengesahkan mereka telah membeli operasi Uber di rantau ini.

Ia juga merupakan pembelian saham terbesar oleh sebuah syarikat internet dari Asia Tenggara.

Di bawah ialah antara fakta dan perincian akan hasil pembelian operasi Uber di Asia Tenggara.

  • Grab memberi perkhidmatan ride-share dan penghantaran makanan Uber Eats di Asia Tenggara, dan akan memuatkannya ke dalam perkhidmatan talian Grab sendiri.
  • Sebagai gantian, Uber akan menerima sebanyak 27.5 peratus pegangan di dalam Grab.
  • CEO Uber untuk rantau ini, Dara Khosrowshahi akan menjadi ahli lembaga pengarah Grab.
  • Aplikasi Uber akan terus beroperasi selama dua minggu dari hari ini untuk memudahkan pemandu Uber berpindah ke Grab. Selepas tamat dua minggu, aplikasi Uber tidak akan berfungsi lagi di Asia Tenggara.
  • Aplikasi Uber Eats akan terus beroperasi sehingga penghujung bulan Mei. Selepas itum kesemua pelanggan dan pembekal di dalam sistem Uber Eats akan berpindah ke platform GrabFood.
  • Keputusan pembelian operasi Uber di Asia Tenggara ini akan terus menjadikan Grab sebagai pemain nombor satu di rantau ini.

Dalam tahun 2017, Grab menunjukan peningkatan sebanyak 2.5 kali ganda dari segi muat-turun aplikasi dan peningkatan empat kali ganda dalam pengambilan pemandu.

Operasi di Grab juga berkembang lima kali ganda di bandar-bandar utama Asia Tenggara. Terkini, Grab membantu seramai lima juta orang untuk mencari rezeki dengan aplikasinya. 

Grab sebenarnya berasal dari perkhidmatan My Teksi yang bertapak di Petaling Jaya enam tahun lalu.

Anthony Tan, dari keluarga Tan Chong menjadi pengasasnya bersama dengan rakannya Tan Hooi Ling. Syarikat tersebut kemudiannya bertukar kepada Grab setelah Uber mula hadir di dalam pasaran.

Grab kini beroperasi dari ibu pejabat mereka di Singapura. Sementara itu, lesen operasi Grab dan Uber di Malaysia masih belum dikeluarkan walaupun kerajaan secara lisan sudah mengganggap ia sebagai satu perniagaan sah.

Namun begitu, selagi peruntukan akta tidak diubah, kenderaan Grab dan Uber masih beroperaso secara haram dan pihak insurans mempunyai hak untuk menerima sebarang tuntutan. DIharapkan agensi kerajaan terbabit dapat segera menyelesaikan isu ini.

 

 

 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Di bawah perjanjian ini, Grab dan Hyundai Motor Group akan membawa bersama pemegang kepentingan di…
Berita Domestik
Beliau berkata lagi, kerajaan tidak mempunyai hasrat untuk menghapuskan servis e-hailing oleh…
Berita Global
Antara pelabur lain ialah Toyota Motor Corp (US$1 billion) dan Vulcan Capital, milik pengasas…