Uber ambil alih perkhidmatan seru-pandu Careem di Mesir dengan bersyarat

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan Mesir bersetuju untuk menjual syarikat seru-padu Careem Inc di negara itu kepada Uber Technologies Inc.

Namun begitu, penjualan itu hanya diluluskan selepas agensi kerajaan Lembaga Persaingan Mesir (ECA) melakukan  kajian ke atas data untuk 270 juta trip perjalanan yang dilakukan oleh Careem.
Modenas

Hasil kajian itu, kerajaan negara Mesir meletakan syarat-syarat dibawah untuk dipatuhi oleh Uber sekiranya mereka mahu membeli Careem.

Antaranya ialah:

  • Sebarang peningkatan tambang akan mematuhi had yang dipersetuji oleh Lembaga Persaingan Mesir (ECA)
  • Harga tokok (surge pricing) di mana tambang akan meningkat mendadak kerana permintaan yang meningkat akan dihadkan kepada 2.5 ganda dari harga normal
  • Syarikat tidak akan menambahkan komisen yang diambil dari pemandu melebihi kadar sedia ada
  • Pembangunan persaingan di dalam industri digalakkan dengan cara membenarkan pesaing baharu mendapat akses kepada pemetaan Uber dan data perjalanan, dan penggunaan data pengguna dari aplikasi Uber dan Careem, selepas mendapat izin pengguna

Mac lalu Uber mengumumkan akan membeli pesaingnya di Mesir, Careem yang berpengkalan di Dubai dengan harga RM12.71 billion.

Careem dan Uber sudah beroperasi di Mesir sejak tahun 2014 dan perkhidmatan mereka termasuklah aplikasi seru-pandu untuk kenderaan penumpang, bas dan perkhidmatan penghantaran.

* Laporan asal dari The Bloomberg

Add new comment