Ubahsuai motosikal - JPJ beri amaran kepada pemilik bengkel, motosikal

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

gambar hiasan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran kepada pemilik bengkel motosikal supaya tidak lagi melakukan kerja-kerja pengubahsuaian enjin motosikal bagi memenuhi kehendak pelanggan untuk meningkatkan kelajuannya.

Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar Mat Dali berkata, dalam operasi khas jabatan itu semalam, sebanyak 15 motosikal jenama Yamaha Y15 didapati diubah suai di beberapa bengkel yang terlibat secara aktif dalam kerja-kerja pengubahsuaian yang tidak dibenarkan itu, negeri ini.

“Dalam hal ini, kedua-dua pihak bersalah, pelanggan telah menghantar motosikal untuk diubah suai manakala pihak bengkel bersetuju dengan permintaan pelanggan.

“Sekiranya didapati masih lagi terdapat individu yang menghantar motosikal bagi tujuan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan, pemunya kenderaan akan disiasat di bawah Seksyen 114  Akta Pengangkutan Jalan (APJ)  1987 dan kenderaan boleh disita dan diambil tindakan di bawah Seksyen 64(1) akta yang sama,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
 


Beliau berkata, tiga lokasi utama bengkel yang aktif dalam kegiatan itu dikenal pasti di Beseri, Seriab dan Arau manakala antara kesalahan paling banyak dilakukan adalah mengubah suai ekzos dengan bunyi yang kuat dan kelajuan yang tinggi.

Katanya lagi, operasi tersebut sebagai satu advokasi mendidik penunggang agar mematuhi peraturan jalan raya berdasarkan peratusan kemalangan maut tertinggi membabitkan pengguna motosikal.

Beliau juga menasihati para pengguna jalan raya supaya melaporkan kepada JPJ jika mempunyai aduan berkaitan kesalahan jalan raya di talian 04-9763995 atau e-mel [email protected]. - Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…