Ubah New Beetle anda menjadi sebuah trak pikap!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volkswagen New Beetle merupakan sebuah model reinkarnasi yang dihasilkan bagi mengingati semula model rakyat Beetle yang menguasai jalanan dunia suatu ketika dahulu. 

Malangnya, melihatkan kepada permintaan yang semakin menurun saban tahun memaksa Volkswagen menghentikan produksi New Beetle bagi memberikan laluan kepada model yang lebih berdaya saing. 

Tidak mahu melihat model tersebut tenggelam begitu sahaja, Smyth Performance mempunyai idea untuk menjadikan New Beetle sebuah head-turner (penarik perhatian) di jalanan kembali - trak pikap Beetle!

Menggunakan platform asal New Beetle, Smyth Performance mengubah kembali rekaan di bahagian belakang dengan memuatkan sebuah truck bed yang agak kecil namun berfungsi sepenuhnya. 
 


Disebabkan dengan adanya truck bed, lampu asal telah dibuang dan digantikan dengan sepasang lampu kecil yang terletak di hujung fender belakang. 

Rangka bed tersebut disokong secara dalaman oleh struktur aluminium dengan diameter 3.175 mm sebelum diakhiri dengan pemasangan tailgate yang diperbuat daripada gentian kaca. 

Jika anda inginkan Volkswagen New Beetle anda lain daripada yang lain, pihak Smyth Performance meletakkan harga deposit (boleh dipulangkan) sebanyak $500 (RM2,085) dan harga penuh $2,990 (RM12,470) untuk 100 kit pertama. 

Untuk pengetahuan, harga asal sebenar kit ini adalah bermula dari $3,490 (RM14,555). 

Sumber: Smyth Performance, Facebook Smyth Performance