Ubah haluan di saat akhir, berebut masuk laluan Smart Tag, dua kereta remuk!

oleh SALINA JALIL|
Dua pemandu terselamat walaupun kenderaan masing-masing rosak teruk dalam satu kemalangan di pondok Plaza Tol Setia Alam di sini, pagi semalam.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat, berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi polis menerima laporan kemalangan di lokasi terbabit dari Lebuh Raya NKVE menghala ke Setia Alam membabitkan dua kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Siasatan mendapati sebuah Proton Persona dan sebuah Honda HRV hendak memasuki Plaza Tol Setia Alam.

 

"Dipercayai Honda HRV dari sebelah kanan mengubah haluan untuk masuk ke lorong smart tag Plaza tol lalu dilanggar oleh Proton Persona yang datang dari arah belakang untuk bergerak terus ke lorong sama.

 

"Akibat pelanggaran itu, Honda HRV terbalik dan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Azman berkata, pemandu Honda terbabit seorang wanita berumur 46 tahun beralamat di Puchong dipercayai mengalami kecederaan iaitu patah bahu.

 

"Dia dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan masih dirawat di sana.

 

"Bagaimanapun, pemandu Proton Persona iaitu, seorang lelaki berumur 58 tahun dari Meru tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

 

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Sejak tengahari semalam, video dan gambar kemalangan itu tersebar dan dikongsi kan di media sosial termasuk Facebook

dan WhatsApp.

 

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…
Berita Global
Pihak berkuasa Metropolitan Transportation Authority (MTA) baru-baru ini telah berjaya menahan 44…
Berita Domestik
“Kita tahu trend di negara ini apabila ada (sahaja) cuti bercantum dan kalau hari Jumaat atau Isnin…