UAE lancar 'Rashid Rover' ke bulan

oleh Penyumbang Rencana|
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad mendedahkan rover penjelajah angkasa lepas pertama buatan tempatan bagi meneroka bulan ‘Rashid Rover’ berjaya dilancarkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Rashid Rover berlepas menerusi roket Falcon 9 milik Amerika Syarikat, SpaceX dari Stesen Angkasa Cape Canaveral di Florida pada Ahad.

Perjalanan ke bulan dijangka mengambil masa kira-kira lima bulan berikutan penggunaan sistem jimat tenaga, manakala misi penerokaan di bulan akan mengambil masa lebih 14 hari, lapor Agensi Anadolu.

“UAE melancarkan rover penjelajah ‘Rashid Rover’ untuk mendarat di bulan, dan ia akan menjadi misi lunar keempat di dunia dan yang pertama bagi dunia Arab sekiranya berjaya dilaksanakan,” kata Timbalan Presiden dan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum menerusi ciapan di Twitter.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
SUV off-road olskool itu masih lagi menampilkan penggayaan yang retro, namun disulami dengan…
Informasi
  Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GCAA) memberitahu Agensi Berita Emirates (WAM) bahawa syarikat…
Berita Global
Angka tersebut berjaya dilelong pada harga 55 juta dirham UAE (RM66.15 juta) pada acara yang…