UAE lancar misi Hope ke Marikh guna roket H2A Mitsubishi

oleh Mohamad Hanif|
Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini telah pun melancarkan misi penjelajahan kapal angkasa ke planet Marikh bertempat di Pusat Angkasa Lepas Tanegashima di Kagoshima Prefecture, Jepun, dengan masa pelancaran pukul 6.58 pagi waktu tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Roket H2A yang dibangunkan oleh Mitsubishi Heavy Industries Ltd itu membawa kapal angkasa penjelajah Al-Amal, atau Hope yang dibangunkan di Pusat Angkasa Lepas Mohammed bin Rashid, Dubai.

Kapal angkasa penjelajah Hope itu dijangka akan bergerak sejauh 493.5 juta kilometer selama tujuh bulan sebelum mendarat di planet Marikh pada tahun 2021, sekaligus meraikan ulang tahun yang ke-50 penubuhan negara UAE.

Ia juga merangkap misi antara planet pertama yang dilancarkan oleh negara Timur Tengah.

 


Kapal penjelajah seberat 1.5 tan itu berukuran 2.9 meter panjang dengan kelebaran 8 meter apabila panel solar dibuka sepenuhnya, dan bakal menjalankan kajian terhadap suhu dan kelembapan ruang atmosfera planet Marikh bagi mengkaji perubahan iklim untuk tempoh jangka masa yang lama.

Hope akan mengorbit setiap 55 jam pada jarak 20,000 sehingga 40,000 kilometer di atas ruang udara Marikh.

Projek pelancaran Hope ini sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Rabu lalu, namun ditangguhkan atas faktor cuaca buruk di tempat pelancaran.

Menurut pengarah projek Omran Sharaf berkata dalam satu sidang media dalam talian turut melahirkan rasa penghargaan terhadap Jepun atas sokongan bagi memastikan kejayaan walaupun ditengah-tengah wabak pandemik coronavirus melanda dunia.

 


Projek terbaharu ini merupakan projek pelancaran yang keempat dikendalikan oleh Mitsubishi Heavy Industries untuk pelanggan luar negara di mana pertama kali dibuat dengan Korea Selatan pada tahun 2012, diikuti oleh Kanada (2015) dan juga UAE (2018).

Fasa pelancaran yang dilakukan pada hari ini juga turut menandakan kejayaan yang ke-36 berturut-turut buat roket H2A.

Sumber: Asian Nikkei Review