U-Turn - Surat MITI untuk perjalanan masih laku sehingga 3 Jun

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis kini membenarkan surat dari sistem CIMS oleh MITI untuk perjalanan berkaitan kerja sehingga 3 Jun ini.

Dalam sidang media oleh OCPD Petaling Jaya, Asst Comm Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid sebentar tadi, masih ramai yang menggunakan surat lama kerana masih tidak mendapat surat baharu dari kementerian terbabit.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

PDRM akan menerima surat dari MITI itu untuk sementara waktu bagi membantu memudahkan urusan orang ramai yang mana terpaksa beroperasi kerana terbabit dalam Perkhidmatan Perlu.

PDRM dan pihak MITI juga sudah memulakan operasi memeriksa premis kilang-kilang yang terpaksa beroperasi bagi menentukan SOP dipatuhi.

Dalam masa yang sama, MITI berkata sembilan kementerian sedang berusaha untuk menyelesaikan isu sektor ekonomi yang boleh beroperasi dengan kebenaran menggunakan sistem Covid-19 Intelligent Management System (CIMS).

Sistem CIMS sebenarnya sudah digunakan selama ini tetapi pelbagai fungsinya tidak dipraktikan oleh pihak-pihak tertentu.

Setakat tengahari tadi (1 Jun), sebanyak 517,144 syarikat dengan jumlah tenaga pekerja seramai 9.67 juta orang telah dibenarkan untuk beroperasi menurut SOP yang lebih ketat semasa Lockdown (Sekatan Pergerakan) PKP sekarang.

MITI menasihatkan mana-mana syarikat di bawah sektor yang dibenarkan agar mendaftar kembali dengan CIMS 3.0 jika mereka mahu beroperasi.

Seperti sebelum ini, kesemua surat kebenaran dari MITI melalui sistem CIMS akan mempunyai kod QR untuk membenarkan agensi terbabit memeriksa data di dalam rekod.

* Laporan dari The Star

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…