#TypeRChallenge - Civic Type R cuba catat masa terpantas di Suzuka

oleh Mohamad Hanif|
Lama juga Honda senyap sunyi daripada melakukan ujian catatan masa setelah hot hatch tersebut berjaya menawan beberapa litar terkemuka seperti Nurburgring, Spa-Francorchamps, Silverstone, Estoril, Magny-Cours dan litar Bathurst, Australia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan pengenalan Honda Civic Type R Limited Edition yang telah dikemaskini, Honda nampaknya bakal menggegarkan kembali litar-litar terkemuka, kali ini dimulakan di litar sendiri yang terletak di Suzuka, Jepun.

Dalam satu video berdurasi kira-kira 15 saat, Honda Civic Type R Limited Edition 2021 dilihat sedang diuji di litar Formula One Suzuka dengan satu tujuan - mencatatkan masa terpantas berdasarkan kelibat jam randik saat jentera tersebut melepasi garisan penamat.

 


#TypeRChallenge ini bakal menyaksikan aksi sebenar model Honda Civic Type R Limited Edition yang telah menjalani diet pengurangan berat badan dan dikatakan 47 kilogram lebih ringan.

Antara kelengkapan yang dibuang jauh-jauh termasuklah sistem infotainmen (kereta lumba kan?) serta sistem pendingin hawa bagi memastikan jentera tersebut lebih ringan berbanding Civic Type R standard kilang.

Selain daripada itu, sebagai sebuah jentera fokus litar, Honda turut menala semula sistem penyerap hentak, serta kalibrasi semula input stereng bagi menjadikan kawalan dan respon yang lebih baik.

 


Ia menjadikan Honda Civic Type R Limited Edition sebagai sebuah jentera pacuan roda hadapan yang paling dinamik pernah ada di pasaran, dakwa Honda.

Disebalik perubahan tersebut, Honda masih mengekalkan khidmat enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang menghasilkan 306 kuasa kuda dan 400 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.