Twitter Ferrari dikutuk Mark Webber dan ramai lagi

oleh HEZERI SAMSURI|
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Perlumbaan Formula 1 Singapura semalam menyaksikan perlanggaran dramatik pada permulaan perlumbaan itu bila kereta Red Bull yang dipandu oleh Max Verstappen dikapit kiri dan kanan oleh dua jentera Ferrari.

Twitter rasmi pasukan Scuderia Ferrari berkata Max menjadi punca dengan melanggar Kimi Räikkönen dan kemudiannya kereta Sebastian Vettel.

webber

Mark Webber, bekas pemandu Red Bull dengan segera membalas twitter tersebut dengan jawapan sinis, “Said the press bloke that’s never driven a Go-Kart” atau yang bermaksud “Kata seorang pegawai akhbar (Ferrari) yang tidak pernah memandu go-kart pun.”

Laporan video menunjukan bahawa Kimi telah terlanggar sisi kereta F1 yang dipandu oleh Max Verstappen bila ia cuba memotongnya.

Perlanggaran itu menyebabkan Kimi kemudiannya mencium rakan sepasukan Sebastian.

Yang pasti, Max Verstappen dihimpit kiri dan kanan dan tidak dapat mengelak kedua-dua pelumba Ferrari itu.

Careta rasa pegawai yang menjaga twitter Scuderia Ferrari itu mungkin perlu memeriksa TV mana yang mereka sedang tonton kerana yang pasti, mereka tidak lihat perlumbaan semalam.

Twitter Scuderia Ferrari terus dikecam oleh ramai pemerhati sukan tersebut dan menjadi bahan jenaka. 
 

*Gambar utama dari AutoWeek.

Goodwin


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Honkon berhenti dan Ferrari itu terus terbakar. Selepas 20 minit, bomba hadir untuk memadamkan api…
Hezeri Samsuri
Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi jenama kereta Suzuki disebut bakal meluaskan…
Berita Global
Tidak terkejut jika Ferrari bertindak sedemikian, kerana ramai peminat kereta tahu, syarikat…