TVS Raider 125 untuk pasaran India - dari RM4.4k

oleh Mohamad Hanif|
TVS Motor Company baru-baru ini melancarkan motosikal dalam segmen 125 cc, iaitu TVS Raider 125 yang disasarkan kepada golongan Gen Z dengan pelbagai ciri pertama di dalam kelasnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam versi brek dram atau varian brek cakera, TVS Raider 125 didatangkan dengan enjin 125 cc sejukan udara dan minyak yang mampu menjana 11.3 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 11.2 Nm @ 6,000 rpm yang dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan.
 

Raider


Raider juga turut didatangkan dengan dua mod tunggangan, teknologi Ecothrust Fuel Injection (ETFi) yang mampu menawarkan penggunaan bahan api yang lebih baik, sistem start/stop intelliGo, indikasi topang sisi, serta sistem peringatan helmet.

Sistem suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik di hadapan, serta penyerap hentak tunggal belakang dengan lima tetapan pra-muatan.
 

TVS


Kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 10 liter, di mana dengan ciri yang disebutkan itu tadi ia menawarkan kadar penggunaan bahan api  sekitar 67 km untuk setiap liter.

Segala informasi dipaparkan menerusi skrin Reverse LCD Cluster, atau opsyen skrin paparan TFT bersaiz lima inci yang didatangkan dengan Voice Assist dan TVS SmartXonnect.

 

optional 5 inch TFT cluster with Voice Assist and TVS’ SmartXonnect suite of connected features with Bluetooth connectivity and voice assist functionality.

Copyright (C) 'RUSH LANE' Read more at... https://www.rushlane.com/tvs-raider-first-owner-is-a-yoga-teacher-delivery-starts-12412643.html .
optional 5 inch TFT cluster with Voice Assist and TVS’ SmartXonnect suite of connected features with Bluetooth connectivity and voice assist functionality.

Copyright (C) 'RUSH LANE' Read more at... https://www.rushlane.com/tvs-raider-first-owner-is-a-yoga-teacher-delivery-starts-12412643.html .
TVS


Selain itu, TVS Raider menampilkan unit lampu LED dengan lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, emblem TVS 3D pada tangki, jarak kelegaan tanah setinggi 180 mm dengan ketinggian pelana 780 mm.

TVS Raider 125 dijual pada harga bermula dari Rs 77,500 (RM4,410) manakala versi brek cakera pula dijual pada harga Rs 85,469 (RM4,863).

Antara pesaing rapatnya termasuklah Bajaj Pulsar 125 NS, Hero Glamour X-TEC, Splendor Plus dan Honda Shine.