TVS mula menempa nama di mata global apabila dipilih oleh BMW untuk menjadi rakan teknikal bagi penghasilan motosikal R310, model BMW paling mampu milik.
TVS baru-baru ini membuka tirai dan memperlihatkan prototaip motosikal hybrid, Zeppelin yang menggunakan sebuah enjin petrol 4-lejang dengan 20hp dan sebuah motor elektrik pada kekuatan 1,200W dan bateri lithium-ion 48V.
Walaupun tenaga dari enjin dan bateri itu tidak begitu meyakinkan, namun ia masih dalam proses konsep dan banyak lagi perkara yang harus diambil kira.
Syabas India.
Mereka buktikan mereka mampu menjadi negara pemasang dan kini perlahan-lahan maju ke hadapan menjadi negara pengeluar berteknologi.