TVS Apache RTR 200 4V dilancar di Malaysia (harga dari RM7k)

oleh HEZERI SAMSURI|
TVS ialah salah satu pembuat motosikal di India dan namanya memuncak selepas BMW memilihnya untuk menjadi rakan teknikal dan pemasang motosikal siri G 310 mereka.

TVS yang akan dipasarkan oleh Daju Motor Sdn Bhd akan melancarkan dua buah model di Malaysia AutoShow petang ini, seraya menandakan kemasukan rasmi jenama itu di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model Apache RTR 200 4V ialah model sports naked mereka.

Enjin silinder tunggal 4-lejang 197.75 cc SOHC dengan oil-cooler menggunakan sistem EFI dari DFI Logic oleh Bosch.

apache

Apache menghasilkan 20.5PS pada 8,500 rpm serta 18.1 Nm pada 7,000 rpm, sementara transmisi ialah 5-kelajuan manual.

Sistem gantungan monoshock di belakang dengan fork teleskopik di hadapan, Apache menggunakan tayar 90/90 17 inci di hadapan dan 130/70 17 inci di belakang.

Harga Apache dijangka berada dalam lingkungan RM7,000.

TVS neo

Model kapchai Neo X3i pula menggunakan enjin 110cc 4-lejang SOHCmenjana 8.5 bhp dan 8.5 Nm.

Tranmisi ialah 4-kelajuan tanpa klac dan menggunakan rim bersaiz 17-inci.

Teknologi iEcono menjamin penjimatan bahan api sementara sistem iCharge (soket 12V) membolehkan anda mengecaj henfon anda.

Harga Neo ini ialah RM4,000.