Tushek TS 900 H Apex - hypercar hibrid 937 hp muncul dari Slovenia

oleh Mohamad Hanif|
Nama Tushek&Spigel mungkin kedengaran asing bagi para peminat dan pengikut setia supercar dunia, begitu juga bagi penulis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana Tushek&Spigel sebenarnya merupakan sebuah syarikat supercar kecil-kecilan yang berasal dari Slovenia dan ia berpengkalan di Graz di mana ia merupakan bekas tapak lapangan terbang tentera. 

Supercar pertama mereka, Renovatio T500 diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2012 dan semenjak daripada itu, syarikat Tushek senyap tanpa sebarang khabar berita. 
 


Dipendekkan cerita, baru-baru ini mereka hadir dengan sebuah model baharu pada acara Salon Privé di UK dan melihatkan spesifikasi atas kertas, "not bad" juga bak kata orang putih. 

Supercar hibrid (lebih tepat, hypercar) ini dikuasakan oleh enjin 4.2 liter bentangan V8 yang memacu roda belakang dan dua buah motor elektrik pada gandar hadapan. 
 


Kuasa maksimum yang terhasil adalah sekitar 937 kuasa kuda dan 1,400 Nm yang disalurkan kepada roda menerusi transmisi sekuential perlumbaan enam nisbah kelajuan. 

Menurut Tushek, hypercar ini mampu memecut sepantas 2.5 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan tertinggi 379 km/j. 

Menyalurkan kuasa ke jalanan ditugaskan kepada set tayar prestasi Pirelli Trofeo Series R manakala untuk memberhentikan hypercar ini, Tushek telah melengkapkan set brek Brembo yang sangat besar di keempat-empat sudut. 
 


Dalam mod elektrik sahaja, TS 900 H Apex ini mampu bergerak sejauh 49.1 km. 

Namun, disebalik angka-angka yang cukup impresif tersebut adalah berat bersih hypercar ini yang hanya seberat 1,410 kg sahaja. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dikuasakan oleh nadi Chiron W16 yang telah diubahsuai supaya mampu menghasilkan kuasa setinggi 1…
Berita Global
Nama yang tidak asing dalam persaingan kelajuan tertinggi, Koenigsegg dilapor bakal memecahkan…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…