Turkiye kenakan cukai tambahan 40% untuk kenderaan import dari China

oleh HEZERI SAMSURI|
Dalam usaha untuk melindungi industri automotif tempatan, kerajaan Turkiye bakal mengenakan tambahan 40 peratus atas tarif import kenderaan-kenderaan dari China.

Selain dari itu, usaha itu juga adalah untuk menghentikan kemerosotan pendapatan negara tersebut.

Tindakan Turkiye selari dengan kebanyakan negara-negara lain yang melihat kebangkitan EV murah dari China yang disyaki dibantu oleh subsidi-subsidi besar dari kerajaan negara itu.

Malah, Kesatuan Eropah dijangka akan mengumumkan tarif tambahan baharu untuk kenderaan-kenderaan China yang masuk ke negara-negara mereka.

Cukai tambahan Turkiye itu akan bermula dari serendah US$7,000 untuk setiap unit kenderaan dari China bermula 7 Julai.

Kementerian Perdagangan Turkiye turut mengumumkan tarif tambahan itu ialah untuk meningkatkan lagi pelaburan dan pengeluaran domestik.

Jika harga kenderaan itu di bawah paras US$7,000, maka cukai tambahan US$7,000 akan dikenakan sebagai jumlah minimum.

Negara itu juga telah memperkenalkan undang-undang tambahan berkaitan penyelenggaraan dan khidmat selepas jualan khusus untuk EV.

Laporan penuh di Nikkei Asia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selepas menerima laporan juruterbang, unit kawalan trafik udara mengarahkan penerbangan yang…
Berita Global
Menurut pihak berkuasa Turkiye, radar sebuah pesawat yang tiba di lapangan terbang pada tengah…
Berita Global
  "Ankara kini berada di setiap lapangan termasuk darat, laut, kapal selam, udara dan angkasa…