Turkiye dilanda gempa bumi, Malaysia hantar 75 anggota SMART untuk bantuan menyelamat

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Susulan kejadian gempa bumi yang melanda Turkiye, Malaysia akan menghantar seramai 75 orang anggota Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turkiye bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seramai 75 orang anggota SMART bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan untuk operasi SAR akan bergerak menggunakan penerbangan Turkish Airlines pada malam ini.

 

2

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata "Saya ingin memaklumkan bahawa Malaysia akan menghantar pasukan SMART bagi membantu usaha SAR mangsa gempa bumi di selatan Turkiye."

"Proses penghantaran pasukan SMART dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, dan menerima pengesahan keperluan bantuan daripada Kerajaan Turkiye,"

 

 

 

Laporan media antarabangsa hari ini melaporkan bahawa gempa bumi berukuran 7.9 skala richter telah menggegarkan selatan Turkiye, dengan angka kematian terkini dilaporkan seramai lebih 900 orang maut dan lebih 5,000 orang cedera.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memberitahu bahawa gempa bumi tersebut berlaku pada jam 4.17 pagi (waktu tempatan) dan berpusat di daerah Pazarcik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selepas menerima laporan juruterbang, unit kawalan trafik udara mengarahkan penerbangan yang…
Berita Global
Menurut pihak berkuasa Turkiye, radar sebuah pesawat yang tiba di lapangan terbang pada tengah…
Berita Global
  "Ankara kini berada di setiap lapangan termasuk darat, laut, kapal selam, udara dan angkasa…