Turki naikkan cukai kenderaan sehingga 220 peratus - tertinggi di dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Turki dilaporkan telah menaikkan cukai ke atas kenderaan dengan kapasiti enjin 1.6 liter dari 60 hingga 80 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakala kenderaan yang memiliki kapasiti enjin melebihi 2.0 liter pula menyaksikan kenaikan cukai antara 100 sehingga 130 peratus, diikuti oleh segmen kenderaan mewah naik dari 160 peratus kepada 220 peratus berdasarkan laporan dari pada Bloomberg.

Kenaikan cukai tersebut walaubagaimanapun hanya tertakluk kepada kenderaan yang diimport sahaja.

Pun begitu, ini tidak bermakna pengeluar tempatan tidak terkesan dengan kenaikan cukai tersebut, memandangkan mereka juga bergantung harap kepada barangan import, menurut Erol Sahin, Pengurus Besar firma rundingan automotif EBS.

Malah, beliau juga turut mengesahkan bahawa Turki kini menjadi negara yang mengenakan cukai kenderaan tertinggi di dunia.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada kenaikan cukai yang dirancang oleh Turki sejak bermulanya wabak pandemik COVID-19 dengan tujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada import selain menyokong industri tempatan.

Turki juga turut menderita kesan daripada penurunan nilai matawang Lira sebanyak 19 peratus untuk tahun ini.

Namun, berdasarkan laporan daripada Daily Sabah, kadar penjualan kenderaan sebenarnya meningkat sebanyak 387.5 peratus untuk tempoh Julai 2019 sehingga Julai 2020, manakala tempoh Januari-Julai tahun ini menyaksikan kenaikan sebanyak 60.3 peratus.

Sumber: Bloomberg, Daily Sabah

Berita Berkenaan

Berita Global
Model pertama yang bakal menjengah pasaran kelak merupakan sebuah SUV elektrik segmen C yang masih…
Berita Global
Jika sebelum ini mereka tampil dengan sebuah model konsep SUV segmen C, kali ini TOGG membawakan…
Berita Global
Kini, setelah hampir dua tahun, model pertama SUV EV itu diberitakan sudah bersedia untuk memasuki…